Tuesday, June 2, 2009

Calon-calon Pilihan Erdogan

Saya baru menerima sms yang saya percaya sedang disebarluaskan kepada perwakilan berkenaan calon-calon pilihan 2009-2011. Melihat kepada senarai berkenaan saya pasti ianya mewakili golongan-golongan yang dipanggil Erdogan di dalam PAS.

Terbuktilah ramalan bahawa mereka bergerak secara berkumpulan dan terancang untuk menguasai PAS dan ingin menjadikan Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden Boneka mereka sahaja, yang kerjanya hanya meng"endorse" kehendak mereka semata-mata.

Nama-nama yang dikemukakan majoritinya tidak boleh berkerja dengan Tuan Guru Presiden. Malah majoriti mereka selalu memperlekehkan Presiden sendiri samada didalam atau diluar mesyuarat.

Jelas kelihatan bahawa mereka (dan juga yang berada diluar PAS) teralu terdesak untuk menguasai PAS melalui kumpulan ini.

Berhatilah-hatilah terhadap sms sebegini :

"Calon2 Pilihan 2009-2011 Tim Pres: Dtk HUSAM MUSA NaibPres: Dato MAHFUZ OMAR, Dato Tn IBRAHIM Tn MAN, SALAHUDDIN AYOB. (AJK): 1.Us AB GHANI RAHMAN 2.Dtk Ir AMIRUDDIN HAMZAH 3.Dr. DZULKEFLY AHMAN 4. HAMZAH ABDULLAH 5.Dtk KAMARUDIN JAFAR 6.Yb KHALID ABD SAMAD 7.Dr LO'LO' 8. Dtk Sri MOHAMAD NIZAR 9.Sdr MOHAMED HANIPA 10.Us DR HAMZAH JAFFAR (Phg) 11.Dr HATTA MD RAMLI 12.Dr SITI MARIAH MAHMUD 13.Dr SYED AZMAN 14.Us TAIB AZAMUDDEN 15.Dtk WAN ABD RAHIM 16.Dtk Sri Us AZIZAN ABD RAZAK 17.Ust AB GHANI SHAMSUDIN 18. Us IDRIS HJ AHMAD"

Kasihan Tuan Guru Hj Hadi kalau senarai ini yang memenangi dalam pemilihan kali ini. Nescaya diperkudakan Presiden mengikut telunjuk mereka semata-mata selama 2 tahun sebelum Presiden pula ditendang keluar.

Begitulah bila hawa nafsu menguasai diri, ilmu tidak setinggi mana, kepimpinan Ulama hendak diketepikan, pangkat dan jawatan menjadi rebutan. Alamat lingkuplah jamaah yang sekian lama dibedung dan di jaga dengan rapi oleh pewaris nabi-nabi.

3 comments:

akar umbi Pas said...

Inilah calon yang UMNO suka.Awas kalu iku senarai ini hancur kita

soklan said...

Ya Allah, selamatkan jemaah PAS dari porak poranda liberalisme.

fitflex said...

kpd akar umbi:betul ke calon2 tu umno suka,atau puak2 endorgan yg label calon2 sekian tu umno suka.puak2 endorgan mmg suka timbulkan pecah belah dlm pas demi kepentingan peribadi.percayalah kalu puak2 dsai menang kali ni,dasar pas akan berubah dari islam kpd leberal pimpinan anwar pak brahim