Thursday, April 30, 2009

Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama


KUALA KRAI: Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud.


"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.


Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.


Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.


Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.


Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.


"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya. BERNAMA



Kerana Arah Tuju Atau Apa?

Oleh : Zolkharnain Abidin


Husam ragu mengenai wujudnya hubungan sulit Pas – Umno. Hubungan sulit yang dikatakan dijalin oleh Nasharudin Md Isa, turut akan mengganggu arah tuju Pas dalam PRU ke 13. Jika ini berlaku, Husam bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam muktamar akan datang.


Menurut Nasharudin pula, dia hanya menjalankan amanah kepimpinan apabila melakukan perbincangan dengan Umno. Maksudnya perbincangan itu berjalan dengan restu pimpinan Pas bukan tindakan dirinya secara individu atau atas kapasiti jawatannya dan mengenepikan Pas.

Maksudnya Husam meragui Nasharudin. Keraguan itu bakal mendorongnya untuk mencabar penyandang Timbalan Presiden itu. Bagi Husam, Nasharudin menjadikan arah tuju Pas tidak jelas.


Betulkah Pas ada masalah arah tuju untuk menghadapi PRU 13?


Saya fikir Pas tiada masalah dalam arah tuju. Jelas, iaitu kukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Menyertai PRU 13 atas nama Pakatan Rakyat dan jika dimandati rakyat, memerintah negara ini atas nama Pakatan Rakyat juga.


Adakah Nasharudin nak bawa Pas masuk BN dan mengkhianati Pakatan Rakyat?


Sehingga kini, sepanjang yang diketahui tiada gerakan tersusun untuk Pas ‘curang’ terhadap Pakatan Rakyat. Atau, ringkasnya menyertai BN. Kalau ada tindakan yang dilihat berlainan daripada semangat Pakatan Rakyat, itu adalah terpencil dan tidak mampu membentuk gelombang pun untuk tujuan itu. Ahli Pas yang paling cabuk yang tinggal di hulu banat sekali pun tidak bersedia Pas menyertai BN.


Takkanlah Nasharudin senaif itu untuk memahami hasrat, rasa hati, semangat dan inspirasi ahli serta penyokong Pas. Lantas, dia bertindak di luar daripada itu semua. Bersedia pula berhadapan dengan tohmahan dan fitnah ahli Pas kepadanya sebagai ‘penghancur hala tuju Pas’.


Bagi saya, Pas tiada masalah dalam arah tuju seperti yang dibimbangi Husam itu.


Kalau begitu mengapa Husam membangkitkan soal arah tuju ini? Dan menjadikan lencongan arah tuju itu sebagai alasan untuk menentang Nasharuddin. Atau pun, arah tuju versi Husam itu adalah berlainan daripada apa yang saya fahami? Kalau berlainan, apa?


Saya bukan berhasrat membantah Husam. Ya, siapalah saya untuk membantahnya. Bukan juga untuk membela Nasharuddin, saya bukan ada kepentingan apa-apa dengannya. Tetapi, saya bangkitkan persoalan ini kerana, Husam seolah-olah menggambarkan Pas berada dalam keadaan yang parah, mungkin separah Umno.


Parahnya sehingga Pas hilang arah tuju untuk menghadapi PRU 13. PRU 13 pula digambarkan akan diadakan dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.


Maksudnya, kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat genting. Kalau tidak bertindak cepat kita akan kecundang. Dan arah tuju itu boleh diperbetulkan balik hanya dengan menumbangkan Timbalan Presiden yang ada. Wah, ini sudah berat!


Husam tak perlu bimbang dengan arah tuju Pas. Husam jangan menyangka hanya dia seorang sahaja yang sayangkan Pas dan berusaha memastikan Pas tidak hilang arah tuju. Sebagaimana Husam, orang lain juga sayangkan Pas.


Sayangkan Pas adalah betul tapi harap-harap tidaklah seperti tikus sayangkan labu.


http://bongkarsauh.blogspot.com/

Monday, April 27, 2009

Mengapa Timbalan Presiden Perlu Seorang Ulama’?

Oleh : Zolkharnain Abidin


Saya tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. Saya ada alasan dan hujah.


Satu - Semangat Kepimpinan Ulama’.

Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’.


Dua - Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.


Tiga - Kemampuan Ilmu Syarak.

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.


Empat - Pas Adalah Gerakan Islam.

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.


Lima - Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.


Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?

Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.


Tujuh - Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.


Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.

Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?


Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.

Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?


Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.

Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.


Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.


Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.


Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.


http://bongkarsauh.blogspot.com/

Kalau Mohamad, Husam Adalah Ulama’ Saya Setuju


Oleh : Zolkharnain Abidin

Daripada beberapa sumber, Mohamad (Sabu adalah ayahnya) dan Husam dicalonkan untuk jawatan Tim Presiden Pas. Jawatan itu kini disandang oleh Nasharudin. Dia pernah dicabar Harun Taib, tetapi masih mampu kekal di situ.


Belum pasti samada akan wujud pertandingan atau tidak, namun adanya pencalonan pun sudah cukup untuk memanaskan hawa politik dalaman Pas. Panas itu makin membahang apabila dikaitkan dengan klik-klik tertentu, Erdogan dan Muqabalah. Samada klik itu wujud atau tidak, itulah yang dibualkan.

Samada Mohamad atau Husam, mereka berdua tidak dikenali sebagai ulama’. Walau pun mereka pernah menetap di negara Arab untuk tempoh tertentu dan belajar bahasa itu, namun menguasai bahasa itu bukan bermakna mereka ulama’. Status ulama’ mempunyai kriteria tersendiri.


Dalam keadaan saya memahami semangat kepimpinan ulama’ di dalam Pas yang membawa maksud ‘kepimpinan institusi ulama’, tidak dapat disangkal dengan mudah bahawa ‘kepimpinan institusi ulama’ itu perlu ditunjangi individu bertitle ulama’.


Institusi ulama’ merujuk kepada Majlis Syura ulama’ namun kedudukan ulama’ sebagai Presiden dan Timbalan Presiden di dalam parti adalah sangat perlu untuk menterjemahkan makna kepimpinan ulama’ itu.


Timbalan Presiden adalah Presiden ketika ketiadaan Presiden. Sebagaimana Presiden perlu seorang ulama’ maka Timbalan Presiden juga hendaklah ulama’. Kedua-dua jawatan tertinggi itu perlu dipegang oleh ulama’ untuk menterjemahkan makna kepimpinan ulama’ secara amali. Samada tempat itu diduduki oleh Abdul Hadi atau Nasharudin, itu bukan isunya. Isunya ialah tempat itu hendaklah diduduki oleh ulama’.


Kalau kedua-dua jawatan utama itu tidak dipegang ulama’, dimana makna kepimpinan ulama’?


Saya bukan anti Mohamad dan Husam. Saya tahu kebolehan mereka dan jasa mereka kepada parti. Kerana itu, saya setuju mereka menduduki kerusi itu sekiranya mereka adalah ulama’.


http://bongkarsauh.blogspot.com/


Sunday, April 26, 2009

Perbezaan pendapat

Oleh : ibnu_omar


Muktamar PAS pada kali ini sangat diberi perhatian khusus oleh semua ahli PAS kerana PAS berada dalam keadaan yang sangat stabil sebelum ini. 3 negeri dikuasai oleh PAS tetapi satu telah dirampas oleh BN secara haram.

Tambahan pula, di antara kebanyakan pati politik dalam Pakatan Rakyat, PAS jugalah yang paling diterima dan didahului daripada yang lain. DAP banyak memberi penghormatan kepada PAS manakala PKR pula masih tidak stabil kerana bayak ahli – ahlinya lari dari parti

Menjelang muktamar pas yang dijadualkan akan berlangsung tak lama lagi, timbul pelbagai pandangan dan pendapat tentang jawatan – jawatan yang bakal disandang oleh orang – orang penting dan ternama . Blog peribadi mahupon blog masyarakat sering sahaja dipenuhi dengan artikel berkempen orang – orang tertentu.

Tidak salah untuk mengemukakan pandangan masing – masing malah digalakkan lagi kerana dengan pandangan dan cadangan , PAS akan lebih efektif dan maju. Tetapi , terdapat sesetengah di kalangan kita yang terlalu taksub dengan pandangannya lalu berkempen orang yang dia hendak calonkan dengan sangat keterlaluan lalu memburukkan pula sesetengah orang supaya orang yang dikempen lebih menonjol dan mendapat pencalaonan manakala yang diburuk – burukkan sebaliknya. Inilah yang terjadi pada muktamar kali ini.

Sejarah Islam telah mengajar kita kerana ketaksuban kepada sesuatu perkara maka terjadilah perpecahan. Lihat sendiri, apabila kaum kafir quraisy terlalu taksub dengan agama nenek moyang mereka sehinggakan mereka tidak boleh menerima dakwah nabi sedangkan mereka sendiri mengelar nabi al – amin, seorang yang benar percakapannya dan tidak pernah berbohong.

Sejarah juga telah mengajar kita masalah umat Islam yang paling ketara ketika ini adalah perpecahan akibat daripada perbezaan pendapat yang tidak ada sifat tolak ansur sedikit pon. Umat Islam sekarang ketandusan Salahuddin Al – Ayubi yang telah mengarahkan agar umat Islam bergabung menentang kafir laknatullah bukan bergabung menetang orang Islam saudara kita sendiri.

Satu persoalan timbul. Mengapa tidak dikekalkan sahaja kepimpinan PAS sedia ada kerana kepimpinan inilah yang membawa PAS menuju kestabilan. Tidak dinafikan juga orang – orang sebelum ini juga banyak menyumbang dalam kemajuan PAS. Adakah kalau tidak dikekalkan kepimpinan PAS sedia ada akan menyebabkan PAS tumbang ? Adakah dengan menaikkan kepimpinan baru akan membolehkan PAS menguasai Malaysia dalam masa terdekat ?

Dalam pemilihan nanti perlu diingatkan juga agar kita semua mengekalkan kepimpinan ulama. JANGAN sesekali kita mengangkat golongan bukan ulama kerana golongan ulama inilah yang banyak berjasa kepada PAS. Doa – doa merekalah yang menyebabkan PAS diberkati dan dirahmati Allah dan sentiasa mendapat pertolongan dariNya. Adakah kita hendak membawa PAS kembali kepada keadaan asal tanpa kepimpinan ulama seperti dahulukala yang dipimpin oleh Asri Muda ? Adakah kita mahu susah payah ‘golongan kebangkitan ulama’ yang membawa golongan ulama dalam kepimpinan PAS dahulukala disia – siakan begitu sahaja ?

Oleh itu , fikir – fikirkanlah tentang kepimpinan sedia ada dan tidak keterlaluan dalam berkempen seseorang sehingga memburukkan orang lain. Paling penting kekalkanlah kepimpinan ulama dalam pentadbiran PAS kerana mereka sahajalah yang mampu menegakkan Islam dan mengelakkan perpecahan dengan ilmu yang mereka ada.


www.mutiarapermata.blogspot.com


Saturday, April 25, 2009

Jawatan Timbalan Presiden : Nasaruddin Dirempuh Degan Kelajuan 360 mph

Oleh : Mohd Sayuti Omar

SUDAH pasti jawatan Timbalan Presiden Pas bakal menjadi perebutan sengit pada muktamar Jun depan. Kedudukan Nasaruddin Mat Isa tidak seselamat Abdul Hadi Awang. Sudah ada tanda-tanda dan petunjuk jelas di langit hijau politik Pas, yang Nasaruddin akan dirempuh kuat selaju 360 mph!

Orang yang disebut-sebut dan dijangka akan merempuhnya adalah si baju Petak-Petak Merah, orang yang dulunya bersekongkol dengannya untuk membuang Hassan Shukeri daripada pejabat agung Pas di Taman Melawar. Walaupun ada satu atau dua nama lagi, namun pertandingan pasti akan melibat si baju petak-petak merah.

Orang inilah dulu yang menjadi perancang utama dan penting dalam usaha menyingkirkan Hassan Shukeri tahun 2005 dulu. Nasaruddin hanya menjadi alat sahaja, atau ayam laga sebagai bahan eksperimen untuk melihat sejauh mana kekuatan Hassan alias pengaruh ulamak dalam Pas pada masa itu.

Nasaruddin diletak ke depan kerana ketika itu walaupun beliau lebih muda dari kumpulan profesional itu tetapi dia berwibawa dan ada bakat, bertitle ustaz serta dipercayai oleh bekas presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Ustaz Fadzil Mohd Noorlah yang memberi latihan dan kepercayaan kepada Nasaruddin untuk menguruskan parti selaku setiausaha agung. Setiausaha agung adalah nadi kepada sesebuah organisasi. Saya yakin kalau Ustaz Fadzil Noor masih ada tidak ada sesiapa yang tergamak untuk mengejek anak didinya ini.

Itulah kedudukan Nasaruddin, sudah berprestaj. Manakala yang lain masih lagi baru mencari ruang dan title di dalam Pas. Dalam erti kata lain masih asing dengan seluk beluk perjuangan Pas dan tatacara berorganisasi. Kalau pun ada setengahnya lebih tua dari Nasaruddin tetapi tidak mempunyai keberanian untuk melanda Hassan Shukeri, hanya bertindak menjadi tukang cocok saja.

Saya melihat pencalonan Nasaruddin menentang Hassan pada masa itu hanya percubaan untuk melihat sejauh mana pengaruh Hassan dan juga suara yang ingin perubahan dalam Pas. Tidak lebih dari itu. Nasaruddin bukan orangnya yang ditagang oleh kumpulan “profesional liberal” (Prolib) itu untuk mengepalai Pas selepas Abdul Hadi.

Apabila Nasaruddin menang, maka ia memberi gambaran jelas, bahawa stail lama dalam Pas yang cuba dipertahankan Hassan Shukeri sudah mula ditolak Pas. Pengaruh, jasa dan jejak Hassan juga terus menghilang. Tanda ini menjadi satu daya tarikan kepada golongan Prolib ini bahawa mereka boleh mencuri peluang. Kebuntuan untuk meruntuhkan paradigma lama Pas pun sudah telerai dengan kemenangan Nasaruddin itu.

Bagi Nasaruddin sendiri beliau mula merasa selesa dan bahawa kedudukan beliau itu diiktiraf oleh golongan ini. Kemenangan keduanya, bila dicabar bekas Ketua Dewan Ulamak, Harun Taib tahun 2007 menyebabkan beliau merasa makin diterima dan mulai dianggap sebagai timbalan preiden yang sebenar.

Maka beliau berkerja dan berganding dengan Abdul Hadi Awang dengan seutuh hati membina parti dan mengukuhkan jemaah. Menjalinkan hubungan di peringkat antarabangsa dengan mendekati NGO dan Gerakan Islam bagi mendalami ilmu jihad. Berkat kerjasama dan gandingan bahu itulah juga membawa kemenangan besar kepada Pas pada pilihan raya umum lalu.

Seberapa boleh beliau membawa idea-idea semasa selari dengan kehendak putaran zaman. Bukan sedikit, banyak. Namun disebabkan tidak ada sambutan dan eceran oleh kumpulan Prolib itu menyebabkan idea itu banyak yang menyepi.

Mungkin Nasaruddin sedar bahawa gadingan beliau degan Abdul Hadi itu kurang disenangi disebabkan mereka istiqamah mempertahankan jati diri parti. Memastikan Pas tidak mudah larut dalam politik sekular dan bersifat pragmatif. Menjaga dan mengawasi parti agar tidak mudah diceroboh oleh anasir luar. Mereka juga begitu waspada untuk menerima suara anasir luar yang menyuruh Pas membuat perubahan drastik yang lebih leberal mengikut acuan dan naluri mereka.

Nasaruddin dan Abdul Hadi tidak mahu parti dimonitor oleh pihak lain. Nasaruddin cuba meletakkan parti di atas kekuatan dan tunggaknya sendiri yang berlandaskan kepada Quran dan Hadith seperti mana maksud penubuhannya awal dulu.

Mereka yang begitu memepercayai kepada kuasa dan suara hikmah diluar inilah yang mula berusaha untuk menentang kedua mereka, terutamanya Nasaruddin. Penentangan ke atas Nasaruddin adalah perintis kepada usaha menjatuhkan presiden. Pada perkiraan mereka apabila kayu serandang presiden jatuh maka presiden juga akan lingkup. Maka muktamar ini adalah percubaan pertama golongan ini.
Alasan dan faktor


Antara faktor dan alasan yang ditaburkan kenapa Nasaruddin perlu jatuhkan ialah kerana idea muzakarah yang kemudian ditukar menjadi muqabalah oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Umno. Kononnya kerana Nasaruddin bersama presiden dan beberapa yang lain berjumpa dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan campuran dijadikan sebab. Inilah alasannya. Soalnya apakah rundingan itu menjadi dan Pas kini menerima musibah dengan idea itu? Tidak.

Jika diteliti dan dilihat siapakah sebenarnya yang berang dengan idea perundingan ini? Apakah ianya datang dari ahli Pas atau pun orang di luar sana? Dan siapalah pula yang pandai-pandai menceritakan mengenai maksud muzaqarah ini sehingga menjadi isu, maka jelas orang itu juga adalah ahli bersekutu orang di luar sana yang begitu taksub dengannya.

Pas seharusnya bijak dan waspada dalam melihat percaturan di luar. Seharusnya pengalaman dulu mengajar orang Pas untuk mengenal siapa musuh sebenar dan siapa kawan palsu yang berkepentingan dan suka memperalatkan orang. Kenapa Pas jadi takut bertompok kepada sejarah lalu? Pas dalam diam menjadi alat kepada satu kumpulan lain yang telah memperalatkan kumpalan Prolib dalam Pas sendiri. Kumpulan ini pula jadi hidung tinggi apabila mereka dipuji tanpa dapat membaca muslihat di sebalik pujian menggunung itu.

Politik berbingkai ini bukan mudah untuk difahami ia memerlukan pengamatan dan analisa mendalam. Jika gagal menyelami maka akhirnya menyebabkan Pas akan bercanggahan sesama sendiri yang akhirnya membawah kepada kelemahan jemaah.

Putik-putik percanggahan ini sudah mula tumbuh bila mana idea-idea presiden tidak diberi sambutan semeriah idea yang dilontar oleh pemimpin di luar Pas sendiri. Idea presiden ini juga adalah kalanya ditentang secara terbuka oleh Mursyidul Am Pas. Dalam pada itu juga Abdul Hadi sering kali direndah-rendahkan sesama sendiri dan bukan berusaha untuk membantunya.

Jika alasan kerana muqabalah itu hendak diletakkan atas bahu Nasaruddin seorang ia adalah tidak adil. Lagipun itu bukan alasan sebenarnya. Kalau atas alasan Nasaruddin tidak dapat membawa sesuatu idea dan perubahan mungkin ia boleh terima. Apa lagi kalau Nasaruddin cuba menghkhianti perjuangan suci Pas yang berteraskan Islam itu, ia wajar dijatuhkan.

Apakah dalam konotasi sesetengah pihak berunding itu menyalahi syarak? Kalau benar begitu maka apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w. dengan kafir Makkah dalam perjanjian Hudaibiyah juga menyalah syarak? Sekiranya perundingan telah dianggap melanggar syarak dan prinsip parti betapa sempit dan rigidnya perjuangan Pas. Benarlah kalau Umno menuduh Pas hanya berlegar dalam politik retorik dan berfahaman jumud dengan beranggapan Pas saja yang betul.

Pun begitu tidak menjadi kesalahan kalau ada sesiapa hendak menentang penjawat apa-apa jawatan sekalipun. Pas mengamal dan menggalakkan demokrasi walaupun menerima pakai prinsip syura. Kalau sesiapa nak tentang Nasaruddin, waima nak tentang Abdul Hadi atau sesiapa pun tidak ada masalah. Ukurannya nanti ialah bukan oleh diri sendiri, oleh puak sendiri tetapi oleh seluruh perwakilan dan ahli Pas.

Percayalah ahli lebih matang, bijak dan mempunyai bukan saja biji mata besar tetapi mati hati juga luas untuk melihat dan menyuluh siapakah orang-orang yang ikhlas dan jujur dengan perjuangan Pas.

Cuma perlu diingatkan janganlah penentangan atau perubahan yang hendak dilaksanakan itu ia umpama tikus membaiki labu. Seharusnya personaliti dan syaksiah mereka yang ingin menduduki jawatan itu diperhatikan dengan tepat dan jilah.

Jangan terpesona dengan gambaran luar yang boleh dikomsetikkan dengan berbagai jenama, tetapi hayatilah perjalanan dan sirah perjungan seseorang itu yang lalu. Dalam keadaan apa sekalipun jika kita berbalah sesama sendiri jangan meminta orang asing yang senantiasa menanti kesempatan untuk menjadi pengadil, sebaliknya pilihlah pengadil yang adil dan benar di kalangan sendiri. Dan jangan pula kita ghairah memikir nasib orang di luar sehingakan kita terabai perpaduan sendiri. Jangan kerana terpesona dengan kehebatan orang lain sehingga kita lupa kepada kebolehan dan kemampuan kita sendiri.

Kata orang nak kenal seseorang bertanyalah kepada yang arif atau yang pernah tidur sebantal dengannya. Bau badan seseorang tidak akan terhidu kalau kita mengembang kempiskan hidung dari bawah pentas ceramah saja. Tetapi cubalah menghidunya ketika dia sudah terlalu jinak dengan kita. Masa inilah kita kenal rupa dan warna tahinya serta bagaimana harum atau hampak bau tubuhnya yang sebenar.


http://www.msomelayu.blogspot.com/


Ada Usaha Nak Damagekan Abdul Hadi

Oleh : Mohd Sayuti Omar


APAKAH angin perubahan kepimpian dalam Umno akan turut berjangkit kepada Pas? Apakah muktamar Pas pada bulan Jun nanti akan panas? Inilah garuan yang bermain dalam minda. Mesyuarat Pas kawasan sudah bermula dan akan menjadi rancak minggu depan. Mesyuarat kawasan akan membuat pencalonan mana-mana tokoh yang layak untuk bertanding apa-apa jawatan dari ahli jawatankuasa agung hinggalah ke presiden.

Sekiranya angin perubahan kepimpinan dalam Umno terbawa keluar, tentu muktamar Pas akan menjadi panas. Kalau pun tidak seriuh pemilihan Umno namun ia sudah tentu menjadi bahan ikutan dan pemerhatian umum.

Pelan perubahan tidak terdengar dalam Pas. Walaupun ada orang tertentu cuba membengkitkan tetapi tidak menjadi, kurang mendapat sambutan. Suatu waktu dulu ada cadangan agar Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menjadi Musyidul Am Pas mengganti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pelan ini sebagai helah untuk mengeluarkan Abdul Hadi dari kuasa eksukutif Pas. Bolehlah dikatakan pelan berubah secara senyap.

Ada pihak yang merasa Abdul Hadi menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk membawa Pas lebih maju dan serasi dengan selera politik semasa. Abdul Hadi dilihat sebagai begitu kejap pegangannya kepada prinsip dan dasar Islam sejati serta tidak pandai berpolitiking. Pegangan dan keyakinan ampuh Abdul Hadi kepada Islam dilihat sebagai penganggu kepada cita-cita politik matlamat menghalalkan cara.

Cadangan itu bagaimana pun tidak menjadi. Program untuk menjejaki Abdul Hadi yang ketika itu berada di Jakarta tidak kesampaian. Manakala mereka juga tidak tergamak untuk ‘menasihat’ Mursyidul Am Pas supaya meminta Abdul Hadi mengambil tempatnya selaku Mursyidul Am secara terhormat. Gerakan ini jelas menunjukkan ada usaha untuk menyingkir Abdul Hadi.

Tetapi dipercayai ada usaha secara halus dan seni agar Nik Aziz terus melaksanakan apa yang diinginkan itu. Di bawah sedarnya beliau dipengaruhi menyebabkan ada kalanya Nik Aziz seakan tersasau menyebabkan timbul suasana tidak kondusif beliau dengan presiden.Percanggahan pendapat serta penyentuhan bidang kuasa presiden berlaku secara terbuka. Namun atas kerendahan diri dan penghormatan Abdul Hadi yang tinggi kepada Nik Abdul Aziz di mana sanggup berdepan akhirnya kekeliruan yang dicipta itu dapat diatasi.

Buat masa ini kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden masih selamat. Tidak ada kedengaran ianya dicabar. Walaupun ada cadangan untuk merempuh Abdul Hadi namun tidak ada tokoh ataupun calon yang sepadan untuk dihadapkan dengan Abdul Hadi. Persiapan ke arah itu juga tidak berjaya disiapkan dalam masa setahun dua ini.

Orang yang sedang menempah baju presiden dan rancak membaca buku-buku pengurusan parti dan kerajaan kini juga tidak berani untuk berhadapan dengan Abdul Hadi. Watak orang sufi yang ditunjukkan dengan tasbeh ditangan dan membaca Quran di mana saja termasuk di dewan mesyuarat tidak berkeupayaan untuk menandingi pengalaman dan ketinggian ilmu agama serta zuhud Abdul Hadi.

Bagaimana pun sedikit sebanyak orang ini telah menunjukkan dia lebih hebat daripada presiden. Beberapa kali beliau telah melangkaui pemikiran Abdul Hadi dalam membuat analisa dan predition sebagai signal dan sekaligus dia lebih ke depan dan pintar berbanding Abdul Hadi Awang. Sudah beberapa kali signal itu dihantar, sayangnya ditafsirkan oleh ahli Pas sebagai ianya satu perbuatan biadap, tidak menghormati presiden di mana akhirnya orang ini dilihat bernafsu besar dan parasit dalam Pas.

Dalam jemaah Pas ahli diasuh supaya bersikap berlapang dada, tawaduk, akur kepada keputusan jemaah dan berfikir secara kolektif. Sesiapa yang cuba membawa budaya baru atau politik sekular kering akan dilihat sebagai gelojah dan tidak memiliki syaksiah Islam yang baik. Apa lagi kalau berlagak dan menunjuk pandai di dalam media di samping mengamalkan politik lempar batu sembunyi tangan dan tidak bertanggungjawab dengan amanah.

Seperti dikatakan tadi, setakat ini Abdul Hadi selamat, tidak ada siapa yang layak untuk diharap mencabarnya. Pun begitu ia tidak boleh dianggap sebagai satu yang muktamad. Politik boleh berubah dan boleh berkembang dalam sedikit masa saja. Tumbesar politik macamlah perkembangan bakteria.

Ulasan Nik Abdul Aziz mengenai pertandingan dalam muktamar yang berbeza-beza dan tidak konsisten membimbangkan. Pada satu masa beliau menyarankan agar pemilihan elok kalau dibuat secara syura. Manakala ketika diminta mengulas mengenai pemilihan dalam Pas kini beliau bercakap atas nada lain pula. Sambil memberi ingatan supaya perwakilan memilih calon yang baik, beliau dilaporkan ada berkata, perlawanan boleh berlaku di semua peringkat termasuk presiden.

Apakah muslihat beliau melafazkan kata-kata berkenaan? Apa ini ada hubungan dengan usaha untuk melagakan Mursyidul Am Pas itu dengan Presiden Pas? Apakah beliau sudah disuntik dengan kemungkinan-kemungkinan dan keperluan itu. Atau beliau sendiri sudah diasak supaya mencabar Abdul Hadi untuk jawatan presiden?

Sudah ada terbetuk pola pemikiran demikian dalam sesetengah ahli Pas yang teruja dengan gaya politik kelompok berkenaan. Saya yakin perkara ini ditanamkan oleh orang yang tidak suka kepada Abdul Hadi Awang. Misalnya salah seorang pemimpin di sebuah kawasan di Kelantan ada melontarkan untuk mencalonkan Nik Aziz sebagai calon presiden Pas pada muktamar kawasannya?

Pemimpin ini tidak akan terbuka akal fikirnya kalau beliau tidak disuntik dengan ubat pelali. Dia tidak tahu merancang politik masa depan sejauh itu melainkan ianya terlebih dahulu dituba dengan cacair kebencian kepada presiden Pas oleh orang yang bermaksud ingin menjadi presiden.

Hendaknya idea ini tidak menetas dan tidak akan melarat. Tok Guru Nik Aziz juga hendaklah mengawal diri dan perasaan agar tidak tertelan dengan idea ini. Saya kira Nik Aziz tidak tergamak untuk berbuat demikian. Adapun idea untuk mengadukan Nik Aziz dengan Abdul Hadi itu adalah sebahagian tektik bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Abdul Hadi tidak sesuai dan layak untuk terus berada di kerusinya itu. Itu saja.

Sekarang ini proses untuk damage dan merendahkan Abdul Hadi sebagai presiden akan terus dijalankan dengan berbagai cara. Secara sedar atau tidak sedar, acara memsebotaj pemikiran Abdul Hadi juga sedang berlaku dan dilakukan dengan penuh kesenian oleh golongan anti “ulamarisme”. Sebab itu apa-apa gagasan politik yang diilham Abdul Hadi disepikan begitu saja.


http://www.msomelayu.blogspot.com/



Perebutan Naib Presiden Meriah

Oleh : Mohd Sayuti Omar

PEREBUTAN Naib Presiden Pas dikira paling meriah. Sehingga kini beberapa nama telah disebut-sebut akan mencuba nasib untuk berada di lantai ketiga dalam hirerki kepimpinan Pas itu. Tiga penyandang sebelum ini ialah, Ahmad Awang, Muhammad Sabu dan Husam Musa.

Husam sudah pasti akan meninggalkan kerusi itu dan akan mencabar Nasaruddin Mat Isa sebagai timbalan presiden. Kumpulan Profesional Liberal (Prolib) meletakkan harapan yang tinggi kepada Husam ini bagi meranapkan Nasaruddin yang mewakili golongan “Ustaz – Ulamak” (Ustaz Mat). Bolehah dianggap Husam adalah ketua prolib.

Muhammad Sabu dan Ahmad Awang pasti akan mempertahankan kedudukannya itu. Ada terdengar khbar Mat Sabu juga berminat untuk mencuba nasib di kerusi timbalan presdien. Mat Sabu dikatakan menetaskan harapan itu kerana kurang senang dengan Nasaruddin yang dianggap tidak menyerlah dalam Pas selaku timbalan presiden.

Mat Sabu sedia mencabar Nasaruddin sekiranya tidak ada calon lain berani berbuat demikian. Kenapa begitu sekali duhai Mat?

Bagaimana pun maju atau mundur Mat Sabu bergantung kepada pencalonan yang akan diterimanya kelak. Kalau beliau mendapat pencalonan kurang berbanding si baju petak-petak merah itu dia akan mengalah. Pengunduran Mat itu akan memberi advantage kepada Husam.

Katanya sudah ada kompromi antara kedua mereka. Kesediaan Mat Sabu untuk berkompromi dengan Husam ini satu sikap bagus. Jika hendak dikira Mat Sabu tidak sepatutnya berkompromi dengan Husam jika diingatkan sejarah peribadi mereka berdua di masa lampau.

Pergeseran politik antara mereka pernah sampai ke tahap hendak bertumbuk. Puncanya kerana Mat Sabu dikatakan menuduh Husam adalah orang Umno. Mungkin andaian Mat itu berpandukan kepada keluarga Husam di mana kebanyakan pemuka Umno. Setengahnya berjaya ditarik ke dalam Pas, setengah masih kekal bersama Umno.

Gara-gara itu Husam jadi panas dan pernah bersemuka dengan Mat Sabu. Ketika inilah beliau memegang ibu jari Mat Sabu dan cuba dipatahkan. Apakah kompromi itu disbabkan Mat Sabu teringat akan peristiwa itu betapa gedebenya Husam?

Yang pastinya Ahmad Awang akan mempertahankan kedudukan itu. Tidak ada pilihan lain bagi Ahmad Awang untuk berbuat begitu. Walaupun sebelum ini ada ura-ura beliau akan dicadangkan agar mencabar Nasaruddin untuk jawatan timbalan presiden. Mungkin setelah mengukur badan sendiri ura-ura itu tidak menjadi.

Maslaah yang berlaku di Perak sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang berketuakan Adun Pas (Mohammad Nizar Jamaluddin) sebagai MB hilang dirampas UBN, sedikit sebanyak kegagalan itu tersangkut di atas bahu Ahmad Awang sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Beliau harus bertanggungjawab kerana gagal mengemudikan parti dan kerajaan agar selamat.

Mungkin kerana ‘kesalahan’ itu maka ura-ura untuk menghantar Ahmad Awang untuk cabar Nasaruddin tidak menjadi!

Kedudukan Ahmad Awang hari ini agar sukar sedikit. Populariti Mohamad Nizar yang kini juga turut dicalonkan sebagai calon naib presiden sudah menenggelamkan nama Ahamd Awang. Walaupun Nizar baru dipersada politik namun pergolakan di Perak sehingga hilang kerajaan beliau dilihat sebagai hero. Keberaniannya menghadap Sultan dan mempertahankan kerajaan dilihat sebagai satu keberanian.

Kemenangan Nizar pada pilihan raya kecil menambahkan lagi minat ahli Pas kepadanya. Kerana keberanian berdepan dengan Sultan Perak itu menyebabkan kegagalan Nizar selaku MB untuk mempertahankan kerajaan Perak seakan terlupa begitu saja!

Populariti sudah menjadi fenomena dalam Pas. Mungkin masih ingat apa yang berlaku ke atas penyanyi bernama Mawi satu waktu dulu. Disebabkan Mawi popular Pas Kelantan tergamak mengheretnya membuat persembahan di negeri itu.

Begitu juga kalau Siti Nurhaliza atau Maya Karin sudi menyertai Pas kemungkinan dia juga akan dicalon sebagai ketua Muslimah Pas tidak payah lama-lama berjuang dalam Pas!

Lain-lain tokoh yang hendak bertanding dijawatan ini ialah Ketua Dewan Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Abdullah, Pensuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man. Ahli jawatankuasa agung Pas, Mujahid Yusuf Rawa juga disebut-sebut untuk merebut jawatan itu.

Tetapi Mujahid ini katanya lebih dinasihatkan agar merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda dengan tujuan untuk memecahkan dewan itu daripada dikuasai oleh golongan "Ustaz Mat".
Mujahid yang temasuk dalam golongan Prolib katanya diarahkan supaya merebut jawatan ketua Pemuda bakal ditanding Naib Ketua, Nasaruddin Tantawi yang lebih mirip kepada golongan Ustaz Mat.

Bagaimana pun belum kedengaran dari Mujahidi sendiri apakah beliau akan mengikut arahan itu ataupun sebaliknya.

Mujahid mungkin masih memikirkan baik dan buruknya serta sejauh mana peluangnya jika beliau mencuba untuk jawatan ketua Pemuda. Sekiranya Pemuda mahu mengekalkan kerabatnya dalam dewan itu sudah tentu Nasaruddin akan memenangi jawatan berkenaan, melainkan ada gerakan meluas yang melibatkan percaturan Prolib.

Setakat ini ada enam nama bakal merebut jawatan Naib Presiden, dua penyandang, Muhammad Sabu dan Ahmad Awang. Empat pencabar ialah Sallahuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Nizar Jamaluddin dan Mujahid Yusuf Rawa.

Walaupun ada beberapa nama lagi yang juga mahu merebut jawatan itu tetapi mereka dilihat tidak bersungguh serta tidak ada kekuatan tersendiri melainkan kena tumpang pengaruh dan wibawa orang lain. Apa lagi setengahnya ada yang sudah kalah dalam percubaan lebih daripada dua kali.

Mereka yang kalah berkali-kali eloklah tidak bertanding dan sesuai dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira sahaja bagi tidak menyibukkan keadaan.


http://www.msomelayu.blogspot.com/


Pas rugi jika Mujahid dicalonkan Ketua Pemuda Pusat

Oleh : HermanSamsudeen


Petang tadi ada sahabat dari utara call ana, minta cadangkan nama Ust. Mujahid Yusuf Rawa untuk jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat dalam Muktamar nanti. Terkejut juga dengan saranan yang begitu advance itu.


Ana tak boleh janji apa-apa sebab pencalonan itu datang dari pemuda kawasan. Hatta pemuda Titiwangsa yang ana pimpin pun mempunyai cadangannya sendiri. Itu cadangan yang diputuskan mesyuarat, ana sendiri pun tak boleh nak komen sebab setiap ahli mesyuarat ada hak dan undian majoriti dibuat kerana pencalonan itu amanah bukannya suka-suka.


Lagipun itu baru pencalonan dari Titiwangsa, dan keputusan sebenar adalah dalam tangan perwakilan Mesyuarat Agung Pemudawilayah pada 2-3 Mei nanti.


Tapi secara peribadi ana musykil juga bila ada yang minta calonkan ust. Mujahid. Setahu ana Ust. Mujahid ini ada potensi besar untuk terus duduk sebagai AJK Pas Pusat atau bertanding jawatan yang lebih tinggi.


Lagipun beliau telah tinggalkan pemuda sejak tahun 2005 untuk berkhidmat dalam Pas Pusat. Ana puji komitmen beliau dalam Pas Pusat sebagai pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional. Beliau begitu serasi disitu berbanding dengan zaman beliau bersama Pemuda 5 tahun lalu dimana beliau agak tenggelam timbul.


Lagipun dengan suasana kepimpinan pemuda sekarang ana risau beliau tidak boleh menserasikan diri memandangkan jarak beliau dengan gerak kerja kepemudaan.


Ana juga khuatir beliau akan terasa pula jika dicalonkan kerana Jawatan Ketua Pemuda seolah-olah ingin downgrade beliau untuk turun bantu pemuda.


Hakikatnya barisan pewaris kepimpinan Pemuda Pas yang ditinggalkan oleh YB. Salahuddin sekarang begitu kuat berbanding 2 tahun lepas dan kini kita punyai banyak pilihan untuk pengganti Salahuddin. Malah barisan yang ada semuanya berumur bawah 40 tahun.


Usia Ust. Mujahid sekarang sudah 45 tahun dan komitmen beliau di Pusat lebih utama berbanding dengan Pemuda yang sememangnya ada pewaris. Lainlah kalau Pemuda Pas sudah ketandusan kepimpinan.


Ana bukan menolak Ust. Muajhid, tapi tak eloklah kita Downgrade beliau.


Ana ada pengalaman di Wilayah. Seorang pimpinan Pemuda yang baru balik dari Timur Tengah dilantik menjadi AJK Pas Kawasan. 2 tahun selepas itu beliau diminta bertanding Ketua Pemuda Kawasan. Alhamdulillah menang, tapi masalahnya beliau sudah selesa jadi AJK kawasan dan tiada grassroot dalam pemuda tapi terpaksa jadi ketua hanya kerana bersandarkan populariti sebagai Ust. muda.


Akhirnya beliau gagal membawa pemuda dan organisasi jadi semakin lemah kerana hatinya bukan dalam pemuda tetapi sebagai AJK kawasan.


Ana khuatir jika kita bebankan Ust. Mujahid dengan beban begitu. Kedudukan Ust. Mujahid sekarang sudah sesuai. Malah beliau pun begitu serasi dengan Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Sdr. Hu Pang Chow. Inilah kepimpinan yang kita mahu diperingkat Pusat. Ana tak nampak ada orang lain yang boleh ganti Ust. Mujahid bagi Lajnah Perpaduan Nasional, beliau yang terbaik buat masa ini.


Jika kita letak dalam Pemuda, seolah-olah kita ingin sekat beliau untuk pergi jauh dan kekal terikat dengan Pemuda. Berilah ruang pada Ust. Mujahid untuk terus tonjolkan diri dalam Pas Pusat bukannya Pemuda.


Kita sokong beliau dan mahu agar idea-idea beliau dalam Kelab Penyokong diteruskan dan ditambah lagi dengan sokongan kita.


Rasulullah juga mengajar kita agar menyerahkan sesuatu urusan itu pada ahlinya, jika tidak nantikanlah saat kehancurannya. Jadi bagi ana Lajnah Perpaduan Nasional dengan Ust. Mujahid lebih sinonim untuk digandingkan sekali lagi berbanding jawatan Ketua Pemuda yang seharusnya diserahkan kepada orang-orang muda untuk menguruskannya.


http://dppwp.wordpress.com


Friday, April 24, 2009

Calon Timbalan Presiden Pas Guna Duit Lobi Perwakilan Kawasan?

Oleh : HermanSamsudeen


Ana malas nak ulas isu ini sebab setahu ana penggunaan wang dalam proses pemilihan parti tidak pernah berlaku. Ada yang mengatakan hal ini wujud dan dikaitkan dengan seorang calon Timbalan Presiden yang kini sedang giat berkempen.


Sejauh mana tuduhan itu benar, ana sendiri tidak tahu kerana orang yang datang memberi maklum itu tidak mempunyai bukti dan sekadar menyatakan maklumat itu diterima dari orang lain.


Malah ada yang kata, setiap kali calon berkenaan turun merasmikan mesyuarat agung kawasan dia akan bagi sejumlah wang sebagai dana bantuan untuk tabung Pas kawasan. Ada yang kata dia bagi kurang-kurang RM 10 ribu. Bayangkanlah jika dia rasmi Mesyuarat Agung 10 Kawasan. Paling kurang kena belanja RM 100 ribu.


Terkejut juga ana bila mendengar tuduhan itu. Setahu ana Pimpinan Pas mana ada duit sebanyak itu untuk bagi kepada kawasan. Walaupun mereka itu wakil rakyat sekalipun, jumlah itu terlalu besar.


Ana mencabar mereka yang membuat tuduhan itu tampil kemukakan bukti atau lapor pada SPRM terus. Ini boleh dianggap fitnah kepada kepimpinan Jamaah. Jika benar pimpinan itu buat kempen guna duit, ana secara peribadi mahu dia dipecat dari menjadi ahli Pas walaupun dia itu seorang wakil rakyat atau pimpinan kanan Pas!


Penggunaan duit bukanlah cara yang halal untuk menjadi pimpinan. Ana tak kisah jika ada campaign manager calon yang menyebarkan profail calon untuk kempen tapi jangan guna duit atau paksa perwakilan. Itu budaya Umno, bukan budaya Pas. Nak buat begitu pi la masuk Umno!


Orang Pas tidak diajar meminta jawatan sebagaimana ucapan Ust. Azizan, MB Kedah;


“Dalam Islam ini, Nabi pernah kata kepada seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah; ‘Jangan minta jawatan, kalau kamu minta kamu diberi, orang tak akan tolong - kerana kamu minta sangat, tetapi kalau kamu diberi jawatan tanpa kamu minta, orang akan tolong.

“Jadi tengoklah macam berlaku dalam Umno, mula-mula pakat minta lepas itu sampai ke politik wang. Bila politik wang berlakulah tidak malu lagi, dua hari nak buat pemilihan pun kena hukum tatatertib. Bukan calang-calang orang, orang yang taraf menteri dan sebagainya. Jadi budaya-budaya ini saya fikir tak patutlah bawa dalam PAS. Tak boleh ikut hal-hal seperti itu,”


Ingat! Pas bukan macam Umno, jangan bawa budaya Umno masuk Pas. InsyaAllah parti ini akan kekal dan terus bangkit tanpa pertolongan dari orang-orang yang berperangai Umno. Dah masuk Pas, buatlah cara Pas! Jangan gila Jawatan sampai jual parti pula.


http://dppwp.wordpress.com


Selayang tidak merendahkan Nasha

Oleh : Abdul Rahim Sabri

PAS kawasan Selayang hari ini menjelaskan mengapa pihaknya mencalonkan Nasharuddin Mat Isa - yang kini timbalan presiden PAS - untuk hanya bertanding jawatan naib presiden.

Yang Dipertuanya, Mohamad Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak berniat untuk merendah-rendahkan kewibawaan Nasharuddin sebagai timbalan presiden parti.

"Jangan bersangka, menolak Nasharuddin kerana ingin mengurangkan kewibawaannya.

"(Tetapi) ahli-ahli nak ketengahkan Datuk Dr Haron Din (timbalan mursyidul am PAS) dalam pentadbiran PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam mesyuarat agungnya hujung minggu lalu, PAS Selayang mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden dan mencalonkan Dr Haron sebagai timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Husam Musa pula dicalonkan untuk mengekalkan jawatannya serta mencalonkan ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk jawatan yang sama.

Pemilihan calon-calon berkenaan dijalan secara undian angkat tangan oleh kira-kira 300 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung kawasan tersebut.

Keputusan majoriti

Menurut Mohamad, Nasharuddin mendapat undi ketiga terbanyak selepas Husam dan Nizar.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pencalonan Dr Haron bagi jawatan timbalan presiden merupakan keputusan majoriti perwakilan.

Katanya, secara peribadi, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Haron (foto) tersebut.

Ini kerana, katanya, beliau sudah menjadi timbalan mursyidul am dan boleh memangku tugas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mursyidul am PAS itu berada di luar negeri.

"Masing-masing (perwakilan) ada pendirian, ada sokongan dengan mengangkat tangan. Tak ada usaha langsung untuk merendah-rendahkan wibawa Nasharuddin," tegas Mohamad.

PAS Selangor mempunyai 22 kawasan. Difahamkan beberapa kawasan PAS di Selangor telah mengadakan mesyuarat hujung minggu lalu, termasuk Shah Alam, Kota Raja, Kelana jaya, Subang dan Kelang.

Setakat semalam, selain Dr Haron, beberapa lagi tokoh PAS dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden, antaranya dua naib presidennya, Husam dan Mohamad Sabu serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Nasharuddin juga mendapat pencalonan untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya sekarang.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Mohamad telah mengisytihar kesediaannya untuk bertanding jawatan tersebut, manakala Husam pula masih belum membuat keputusan.

Pemilihan PAS, Maklumat Blog perlu ditapis

Oleh : Zulhimi Abd. Rahman Attakiri


Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.


Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.


Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.


Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.


Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.


Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.


Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.


Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat.

Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.


Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.


Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu.

Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.


Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan. Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.

Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.


Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.


Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.


PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.


Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.


Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.


Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.


Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.


Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak


Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.


www.attakiri.blogspot.com


http://attakiri.blogspot.com/2009/04/pemilihan-pas-maklumat-blog-perlu.html


Calon Nik Aziz sebagai Presiden satu penghinaan kepada beliau

Oleh : HermanSamsudeen

Keghairahan segelintir pihak yang terpengaruh dengan dakyah media dan cakap-cakap kumpulan minoriti telah menyebabkan suasana Mesyuarat Agung Pas di sekitar wilayah persekutuan menjadi hingar-bingar. Sama ada mereka tahu tentang perlembagaan atau tidak, boleh dilihat dari keputusan pencalonan yang dibuat bagi jawatan tertinggi Parti.


Bukan ingin merendahkan pandangan mereka, tetapi sekadar ingin menegur. Mungkin mereka tidak sedar bahawa dalam hierarki kepimpimpinan Parti, Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dan menjadi ketua bagi Parti Islam Semalaysia bukannya Presiden.


Presiden adalah ketua Eksekutif bagi pelaksana dasar yang diputuskan oleh Majlis Syura dan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.


Dalam hierarki kepimpinan, Presiden adalah jawatan peringkat kedua selepas Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am.


Secara langsung tindakan Presiden dipantau oleh Majlis Syura.


Meletakkan Tok Guru Nik Aziz yang kini sebagai Ketua Majlis Syura untuk bertanding jawatan Presiden dilihat sebagai satu penghinaan kepada beliau dan satu cubaan untuk merendahkan kredibiliti beliau sebagai Ketua Majlis Syura.


Sewajarnya pimpinan yang sudah duduk dijawatan yang paling tinggi tidak boleh diturunkan melainkan beliau mempunyai masalah kepimpinan.


Isu Pro-Muzakarah dan Pro-Pakatan baru-baru ini timbul dan menyebabkan ahli jadi keliru. Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi Awang dijadikan sasaran selepas beberapa idea penambahbaikkan beliau ditentang secara membuta tuli oleh segelintir pihak yang bertindak mengikut kata hati bukannya akal. Luahan pandangan Presiden itu mahukan maklumbalas oleh ahli dan perbincangan yang meluas bukannya perlu dianggap sebagai keputusan beliau.


Malah baru-baru ini beliau dengan beraninya menarik semula cadangan Kerajaan Perpaduan setelah melihat ahli gagal menyambutnya untuk diperbincangkan secara ilmiah.


Ini sekaligus memberikan imej buruk kepada Pas kerana ahli-ahli dilihat seolah-olah bertindak membuta tuli bukannya dengan akal kerana apa sahaja pandangan yang diberikan terus dibantah tanpa adanya ruang untuk berdiskusi secara ilmiah.


Roh Pembangkang begitu tebal dalam diri segelintir ahli hingga menutup hati mereka untuk mendengar pandangan pimpinan. Bukan setakat BN sahaja dibangkang, pandangan murni pimpinan pun dibangkang. Jika kita enggan dengar dan bincang pandangan pimpinan, siapa lagi yang kita hendak dengar?


Jika hari ini kita tolak pandangan Hadi, esok lusa, Presiden lain naik dia juga akan tersiksa kerana sikap ahli yang tidak mahu berfikir dan menelaah ilmu sebelum membuat keputusan atau pandangan terhadap apa yang pimpinan luahkan.


Akibatnya, kedudukan Tok Guru Nik Aziz pula jadi sasaran seolah-olah beliau tidak sesuai jadi Mursyidul Am hingga perlu ditukar jadi Presiden bagi mengantikan Tok Guru Haji Hadi. Nampaknya ahli yang membuat keputusan pencalonan itu mempunyai masalah besar iaitu tidak memahami struktur kepimpinan dan keutamaan parti.


Ana juga difahamkan bahawa kawasan yang mencalonkan Tok Guru ini juga baru sahaja Bermesyuarat Agung setelah lebih 10 tahun tidak mengadakan mesyuarat agung. Tiba-tiba mereka muncul dan cuba buat havoc dalam parti.


Ya! walaupun baru, tapi tindakan luar biasa mereka itu mengemparkan ramai pihak. Adakah itu yang mereka mahu. Menarik perhatian orang lain terhadap suara minoriti mereka dengan membuat pencalonan yang luar biasa yang bagi ana sesuatu yang biadap kepada Mursyidul Am!


Kalau pun tak suka Presiden sekarang, calonkanlah orang lain bukannya pimpinan nombor satu parti untuk rebut jawatan nombor dua dalam Parti.


Mereka telah downgrade Tok Guru Nik Aziz dan sepatutnya mereka sedar perkara ini. Jika perkara sebegini dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti akan wujud pula kumpulan yang mencalonkan Presiden dari kalangan Calon Muslimat pula.


Nampaknya parti ini akan jadi haru biru jika kumpulan minoriti ini terus menerus dibiarkan memainkan peranan. Tapi ana yakin, cadangan mereka itu tidak akan diterima oleh Perwakilan lain. Itu gempak sahaja. Setakat ingin meriuhkan suasana Muktamar yang semakin riuh ini.


Herman
-"Ini adalah pandangan peribadi ana dan tiada kena mengena dengan Pemuda Pas Wilayah".

http://dppwp.wordpress.com/2009/04/24/calon-nik-aziz-sebagai-presiden-satu-penghinaan-kepada-beliau/

Mengulas Tok Guru Haji Hadi tidak bertuah

Oleh : SongkokPutih

"Saya tertarik dengan tulisan Penarik Beca, Tok Guru Haji Hadi tidak bertuah yang saya rasa perlu kita halusi dan memahami.

Penarik beca menulis "Hanya nak ulas sikit, ketika Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi menjadi Presiden PAS, hampir tiap-tiap tahun Tok Guru Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan sebagai Presiden PAS. Jumlahnya, bak kata Orang Putih, kira substantial numbers la jugak.

Ada la jugak saya dengar orang dok hasut Tok Guru Abdul Hadi cabar Ustaz Fadzil sebagai Presiden PAS. Tok Guru Abdul Hadi bukan sahaja tak cabar Ustaz Fadzil, malah dia marah orang cakap fasal nak cabar Ustaz Fadzil.

Sehebat-hebat Ust Fadhil pun ada yang tak suka, atau lebih suka kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Begitulah lumrahnya, sebaik-baik Ust Hadi ada yang cuba nak calonkan yang lain tetapi oleh kerana tidak ada colon maka wujudlah pemikiran tak rasional mencolon Mursyidul Am, yang uzur demi sesuatu hajat??

Bukan sahaja uzur, malah banyak kali mesyuarat penting Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak boleh hadir. Akal yang waras saya masih tak boleh berfikir rupanya ada juga pie macam ni dalam PAS.

Saya meneliti perlembagaan PAS, melihat kekuatan Presiden dengan perlantikan Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan. mereka ini adalah perlantikan Presiden dengan nasihat Majlis Harian.

Presiden akan dibantu oleh SU untuk memantapkan pergerakan dan visi. Malang sekiranya SU membelakangi Presiden dan makin malang sekiranya SU, Bendahari dan Ketua Penerangan menjadikan seolah-olah Presiden tidak "wujud"

Jika wujud suasana begini, siapa akan membantu Presiden? Idea dan saranan Presiden begitu mudah diketepikan.

Ahirnya tinggalh sahabat-sahabat lamanya... ya mungkin atas dasar kawan. Bagi orang yang tak suka ini adalah kroni, team atau puak... jika yang membantu Selangor maka puak PAS Selangor, jika yang membantu adalah puak Terengganu, maka wujud puak PAS Terengganu...

Memang Hadi malang, malang kerana mempunyai kuasa untuk melantik tetapi yang dilantik akhirnya tidak memberikan kekuatan untuk beliau memperkasakan idea dan pandangan.

Adalah dicadangkan sekiranya SU, Bendahari dan Ketua Penerangan ingin menjadikan agendanya sebagai agenda parti. Jawatan-jawatan ini dipertandingkan...


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1380&mode=thread&order=0&thold=0


Thursday, April 23, 2009

PAS Menuju Kehancuran

Oleh : ramziredang

Tiap tiap satu ada klimaksnya. Putaran roda ada naik turun. Setelah lama dalam keadaan mendaki, PAS seolah olah berada dipuncak dalam dekad terakhir yang lepas.

Malang sekali seolah olah kini PAS berada dalam putaran menurun. Bila diperhatikan ura ura hendak mencalonkan Husam Musa dan Mat Sabu sebagai calon timbalan presiden, PAS seolah olah sudah ketandusan pemimpin yang berjiwa kental dalam agama.

Malah ustaz Nasharudin sendiri walaupun berkelulusan agama, tetapi kurang menonjol kewibawaan dalam agama. Kita tidak menafikan kewibawaan Mat Sabu dan Husam musa, maupun Ustaz Nasha, dalam pengaruh terhadap khalayak umum, namun pengaruh yang ada tidak semestinya melayakkan untuk menjadi seorang presiden sebuah parti yang berlandaskan Islam sebagai dasar perjuangan. Jika sekiranya mereka yang bertanding timbalan presiden terpilih dan menang, apakah mereka hanya berhenti setakat timbalan presiden? Sudah pasti dialah yang akan menggantikan presiden.

Presiden memerlukan satu pakej yang lengkap. Pengetahuan dalam agama, tawaduk, wibawa, zuhud, sembahyang malam, khauf, kasih kepada yang lain lebih dari dirinya sendiri, cintakan akhirat dan sebagainya. Kerana seorang pemimpin dalam islam bukan semata mata layak kerana kepandaian berkata kata dan memimpin keadaan biasa, tetap jika sekiranya dia menjadi imam sembahyang, dia layak mengangkat sembahyang makmumnya sekali untuk diterima oleh ALLAH swt.

Dia juga layak memberi syafaat kepada pengikutnya di padang mahsyar kelak. Kerana bila dipanggil berhimpun dihadapan mahkamah agung ALLAH kelak, masing masing akan diperintahkan berhimpun bersama sama pemimpin yang ditaati semasa di dunia. Inilah perbezaannya pemimpin dalam lorong lorong perjuangan Islam.


Tidak dinafikan Mat Sabu dan Husam Musa ada karaktor tersendiri. Ramai pemimpin pemimpin muda PAS ada gaya dan karaktor tersendiri. Punya pengaruh intelek dan daya penarik terhadap khalayak umum. Tetapi tidak semestinya dia layak sebagai timbalan presiden yang nanti akan menggantikan presiden.


Ustaz Akil Hayy pun ada pengaruh tersendiri dalam menarik orang kepada PAS. Tetapi tidak semestinya dia layak sebagai timbalan presiden. Masing masing hanya perlu menjalankan peranan masing masing tetapi bukan semuanya perlu dinilai untuk dicalonkan sebagai presiden atau timbalan.
Pilihan utama perlulah kepada pengetahuan agama yang tinggi, kemudian diikuti dengan daya amalan yang istiqomah. Yang paling tidak boleh diketepikan adalah zuhud. Zuhudlah yang akan menyelamatkan pemimpin itu dari memandang dunia lebih dari akhirat. Setakat ini TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz ada semua sifat sifat ini. Kerana sifat zuhud inilah yang menjulang PAS ke arah kegemilangan. Sifat zuhud mereka telah mengubah persepsi orang bukan Islam terdapat pendekatan dan pegangan PAS.


Memang mereka berdua nampak konservatif tetapi konservatif inilah yang buat PAS dihormati. Namun peribadi ini telah terhenti setakat dua pemimpin ini. Pemimpin pemimpin pelapis yang lain telah menonjolkan imej moden. Mungkin bermotifkan liberalisasi.Percayalah kalau PAS ingin mengubah imej kepada moden dan nampak intelek, PAS akan lebih kekurangan dan ketinggalan dari parti parti yang lain.

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1385


BERMUKTAMARLAH: JANGAN BELAH PAS SEPERTI TEMBIKAI DI JORONG DI FARAID

Oleh : IBN ABDULLAH AWAB

Mengimbau Detik Sejarah Kita (PAS) Terpahat, Renongkanlah:

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. (Al Fatehah)

Unggapan simpulmati diatas yang diucapkan oleh Almarhom Ustaz Fadzil Mohd Noor, ianya sentiasa basah dan gemanya berteruan ditelinga saya nyaring dengungnya. Ucapunggap itulah sentiasa saya pinjam guna berbicara dengan anak-anak, setiap hati nurani ini mengingat kepada Almarhom Ustaz.

Detik terakhir aku seorang cokia, mencium tangan dan memeluk Ustaz Fadzil adalah di hari ke2 Muktamar ke 48 di PUTIK Pengkalan Cepa (ketika itu 2 anakku di SM Sains Tengku Mohd Fariz Petra Pengkalan Chepa, dan 2 di MRSM Pengkalan Cepa juga) terakhir dihadiri oleh Ustaz, sambil ia bertanya tentang diriku, isteri dan anak-anakku. Aku maklumkan Ustaz ketika itu, anak kecilku berumur 2 tahun Inshaallah dalam sebulan lagi anak ke 10 akan lahir, sekiranya ianya lelaki anak nak boh namanya Fadzil Noor Bin.....Ummi ni semuanya perempuan, Inshaallah kalau lelaki ana nak boh nama Ustaz.

Ketika Ustaz di timpa musibah sakit terakhirnya, aku dah jangkakan pasti aku tidak dapat berkunjung menziarahinya, melainkan abang iparku beberapa kali menziarahinya dan melaporkan aku dengan hp nya. Petang Sabtu 22 Jun 2002 bersamaan 9 Rabiulakhir 1423 aku membawa dan mengiringi isteriku yang sakit cukup masanya untuk bersalin ke Hospital K. Bagi yang berumur 42 tahun untuk bersalin anak ke 10 ianya memerlukan ketabahan berdepan semua dugaan Allah akan Rahmat dan belaskesian Rahimnya. Isteriku dibawa ke Dewan Bersalin jam 8.15 malam dan selamat bersalin jam 11.30 malam, bayi perempuan selamat sejahtera dilahirkan.

Jam 1.45 pagi pagi bererti hari Ahad 10 Rabiuakhir 1423 bersamaan 23 Jun 2002, isteriku dibawa keluar dan dimasukkan ke WAD9 B1. Sebaik saja aku azan dan kamatkan putriku, aku menceritakan keadaan sebenar mutakhir ketika itu kesihatan Ustaz Fadzil yang kami sebelum itu sejak di HKT kami mendapat berita MJJ. Isteriku kata nak boh macam mana nama Ustaz Fadzil anak kita perempuan. Boleh, Inshaallah abang namakan anak kita (3 jam umurnya) Nur Fadzilah. Kami gembira dengan kelahiran anak ini, Alhamulillah.10.45 pagi aku menerima panggilan phoned dari abang iparku Dr Z, ia cuma menangis terisak-isak, tanpa berkata apa-apa. Aku merumuskan sudah tentu Ustaz Fadzil sudah meninggal dunia. Terus ia matikan phonenya.

Aku kembali menghubungi abang iparku Dr Z yang bertugas di GH KL ketika itu. Terus aku berkata ustaz dah meninggal? Ya! Ustaz Fadzil dah meninggal jam kira-kira 10.30 pagi tadi. Macamana Kiah dan bersalin? Dah jam 11.25. Kelahiran anakku dan meninggalnya Almarhom Ustaz Fadzil Noor dalam masa selang jarak masa kira-kira 10 jam berselang, ianya amat memilukan. Besarnya anakku Nur Fadzilah Tahun 1 bererti tidak beberapa bulan lagi genaplah 7 tahun almarhom Ustaz meninggalkan kita. Kian berumurnya anaku Nur Fadzilah bererti setiap itu kian jauh Almarhom Ustaz dengan kita. Setiap tahun hari lahir anakku, setiap itu lintasan kenangku kepangkuan Ustaz. Alfathah untuk Ustaz.

Ketika diantara Kawasan-kawasan PAS di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak telah tamat muktamar. Ada yang sedang bermuktamar di perengkat kawasan masing-masing dan banyak kawasan maseh berbaki berdepan dengan muktamar. Sesungguhnya muktamar kawasan, muktamar agung ianya adalah medium tahunan sekelian perwakilan yang mewakili cawangan dan kawasan, tampil memperagakan buah fikiran yang mantap, di ketengah dan dibahaskan umpama mengisar padi dilesung kisar atau dilesung hindek untuk mengeluarkan beras yang bernas untuk manfaat dimakan.

Al Quraan dan Hadis Junjungan Rasul adalah pedoman yang wajib diterima dan akur tanpa dipertikai. Maka orang Melayu dengan peradabannya juga mempunyai kiasan dan bidalan. Cuma bagi mereka yang menggunakan budi dan perasaan akan mengerti betapa kiasan bidalan Melayu juga tidak perlu dipinggir dan dihapuskan, biarkanlah ianya beriringan sebagai pecaman pengajaran untuk kita. Kisaran dan pertembungan pendapat semasa bermuktamar, ianya adalah tuntutan dalam penapisan untuk mendapatkan saripati keputusan untuk menjana perjalanan merealisasikan parti bergerak diobit dan real yang diepakatkan. Bukan benda diluar dari keputusan resmi muktamar diputuskan secara solo dalam merealisasikannya.

Sekurang-kurangnya setahun sekali dikalangan ahli-ahli dapat bertemu dan berhimpun dalam tempoh beberapa hari dalam memupuk perteguhkan persaudaraan ukhwah dikalangan ahli-ahli PAS. Fungsi perwakilan adalah bertanggungjawab dan memikul amanah ahli yang diwakili, agar setiap usul dan pengharapan dapatlah diketengah, dirunding untuk mendapat keputusan demi kebaikkan dan kesejahteraan ummah sejagat. Perwakilan wajarlah tidak menjadikan modium muktamar sebagai rehlah biasa sekadar bersukaria, membeli belah berjumpa kawan-kawan lama sahaja. Atau sekadar ditonjolkan diri menjadi pemidato hebat berdebat berhujah menyanggah seperti harimau lapar atau pula menjadi penglipurlara bahan ketawa.

Perwakilan wajar menumpukan perhatian dan fokas menjana minda perkasa memertabat serta mendaulatkan Islam menerusi PAS pada resolusi kearah panduarah, mendenai perjuangan sehingganya penyudah di Muktamar Agong PAS Ke 53 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi di Stadium Melawati, Selangor Darul Ehsan. PAS Selangor sebagai tuan rumah selepas Perak tahun 2008. Samada muktamar itu mendatangkan kebaikan dan faedah keatas setiap perwakilan atau sebaliknya, bergantung kepada niat dan pengesahan dalam merelaisasi memenuhi bunga tari dalam gelanggang muktamar. Inshaallah.

Untuk apa dan tujuan apakah kita bermuktamar? Apakah natijah kita PAS bermuktamar, adalah bermatlamat umpama menggunakan sebilah pisau yang tajam berbisa untuk membelah tembikai, sebaik dibelah dan dijorong-jorongkan serta difaraid mengikut kekuatan yang memukul tembikai gergasi tersebut. Diberi kepada faraid mengikut sukaaku bukan faraid diajarkan Allah dan RasulNya? Kerana Bukit Uhud dan Gunung Keriang sudah ditangan dan dijangkkan seluruh bukit di Malaysia dalam PRU13 nanti dapat ditawan, makanya sebiji tembikai besar ini (PAS) wajib dijadikan rebutan oleh pemilik-pemilik yang rakus? Sudah tanda-tanda titik-titik tersebut akan bercantum menjadi garis, apakah itu garis pemisah, garis pembelahan?

Sekalipun para perwakilan yang dipileh ke muktamar kawasan dan kemuktamar pusat, bukanlah jenis perwakilan cokia yang buta Al Quraan dan buta Hadis Junjungan Rasulallah SAW hatta butta intelek dan buta minda. Seperti saya saorang blogger cokia popia kaki lima atau kudong terus tidak berkaki seperti Merbau Kudong. Menulis membicarakan tentang muktamar, walau sesiapa tidak memintanya. Sudah tentu oleh kerana PAS parti halal dengan motto ”PAS FOR ALL” yang memerlukan jenis manusia menganggotainya, bukan dari jenis Jin Islam untuk menganggotai PAS, kalut bagaimana nak bermuktamar, kerana tak dapat keleh diantara kedunya, kalau Jin islam menganggotai PAS.

Maka manusia dari jenis blogger cokia popia berhak memperkatakan sesuatu sehubungan dengan PAS dan para muktamarnya. Inshaallah. Setitik ilmu diterima blogger cokia popia ini dari Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah ayahnda kepada Almarhom Tuan guru Haji Lah (Abdullah) menantu kepada Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban (mantan KD Ulamak PAS awal-awal dulu), maka saya peturunkan untuk peringatan khusus kepada saya untuk melakar bukilan tinta ini, dengan ilmu Allah dan Rasul saya derima dari Tok Guru Ayah Mea, iaitu:-

Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.

Surah al-Baqarah ayat 124:
Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3:
Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. "

Matlamat kita bermuktamar adalah untuk menyelesaikan permasalahan dalaman dan luaran PAS, skop perjuangan, matlamat dan fokas menangani isu semasa dengan penuh hikmah. Bukanlah didalam muktamar pusat yang akan diadakan sebagai gelanggan kecam mengecam, tuduh menuduh, dengan label dan brand yang memanaskan cuping telinga dan berdentum dikalbu. Janganlah kita jadikan lidah musuh dalam apa bentuk sekalipun sebagai alat ampuh bahan hujag fitnah untuk bertujuan menjatuhkan antara kita dengan kita yang akhirnya menjadi bahan ketawa musuh lawan kita yang sebenar. Ingatlah semua hli-ahli PAS dan penyokong sekutu PAS adalah: KITA KAWAN; BUKAN LAWAN.
Wahai perwakilan sekelian jadikanlah diri anda semua sebagai pemimpinn dan perwakilan yang berintegriti dan mengerti mengenali antara musuh dengan sahabat. Janganlah wahai perwakilan sekelian, anda jadikan Muktamar Agong ke 53 ini, umpama anda mengambil sebilah pisau yang beracun; belah temikai dan dijorong-jorongkan. Ingatkanlah pesanan rintihan terakhir Almarhom Ustaz Fadzil sebagimana diawal mukadimmah nikilan ini.


http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/04/bermuktamarlah-jangan-belah-pas-seperti.html

PAS Mula Mencari Kepimpinan Baru

Oleh : muhaimin sulam

1. Pemilihan Barisan Kepimpinan UMNO sudah berlalu. Biar apapun kritikan terhadap proses pemilihan dan barisan kepimpinan baru UMNO, parti itu akan bernafas lebih semangat. Agenda perjuangan parti telah dinilai kembali, strategi baru akan dibentuk dan kesan politik kepimpinan baru itu akan dapat dinilai setahun dua akan datang. Tiga pilihanraya kecil yang lepas tidak boleh dianggap kayu ukur kepimpinan baru. Jika hendak digunakan, ia hanya untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

2. Kini, proses pemilihan Barisan Kepimpinan PAS sudah bermula di peringkat akar umbi. Mesyuarat cawangan-cawangan mungkin hampir selesai dan sudah ke peringkat mesyuarat kawasan.

3. Kayu ukur pemilihan kepimpinan PAS adalah mudah. Setakat ini, penggunaan politik wang tidak popular tetapi kemungkinan itu akan wujud jika tidak dibendung. Kayu ukur yang biasa digunakan oleh ahli PAS memilih pemimpin adalah kebolehan pidato, kekerapan keluar di Harakah, ada title tertentu dan ada kedudukan YB. Soal kebolehan memimpin organisasi dan bekerja secara berjamaah tidak begitu diambil perhatian sangat.

4. Isu utama pemilihan kepimpinan PAS kali ini adalah soal pembentukan kerajaan perpaduan akan digunakan untuk meraih dan menolak sokongan. Sudah ada pemisah dalam memahami idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS. Idea itu sebenarnya bukanlah suatu yang utopia tetapi ada kalangan tertentu (banyak) naif dalam memahami keperluan dalam membentuk sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya yang menuju keredhaan Allah [Fasal 5 (1)].

5. Ramai kepimpinan PAS masih di dalam kerangka politik UMNO yang menganggap kuasa politik adalah perkongsian kuasa sesama pakatan politik. Sudah sampai waktunya, usaha meletakkan kuasa politik sebagai tanggungjawab politik awam. Oleh itu, pendidikan politik kepada rakyat bukan dengan cara membakar emosi, menenggelamkan rasionaliti dan mentafsir al Quran dan Sunnah secara umum dan bersifat hukum semata.

6. Sokongan yang mula meningkat pada PAS telah menjadikan parti itu dikongsi oleh ramai pihak sehingga kepada peringkat dalam pemilihan kepimpinan parti. Orang baru yang setahun jagung sokong PAS sudah bijak memberikan pandangan siapa yang perlu memimpin PAS dan siapa pemimpin PAS yang perlu ditukar. Sehingga ke peringkat Presiden PAS sekarang perlu disingkirkan kerana alasan tidak memenuhi aspirasi nasional. Apatah lagi dalam jawatan Timbalan, Naib dan AJK. Ketua Pemuda, Muslimat dan Ulama tidak terkecuali. Dalam semangat demokrasi dan Islam, rebut merebut untuk mengejar kebajikan tidak masalah.

7. Ahli PAS perlu bijak memilih dan berhati membuat keputusan. Jangan bermentaliti JKKK yang mengikut arus. Arus yang datang sebulan dua nanti cukup mencabar. Fitnah bersulamkan inti al Quran dan rasional yang kuat. Hujah digandingkan dengan rekaan cerita yang menarik. Ia seperti sebuah novel.


http://muhaiminsulam.blogspot.com/2009/04/pas-mula-mencari-kepimpinan-baru.html

Wednesday, April 22, 2009

Salam Pengenalan

Sempena dengan kedatangan muktamar PAS ke 55 yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 4, 5 & 6hb Jun ini, perlbagai usaha, kempen dan gerakkerja dilakukan untuk memilih barisan pimpinan yang bakal menerajui PAS bagi tempoh dua tahun berikutnya. Semua kawasan-kawasan (termasuk Dewan2 Pemuda, Ulama dan Muslimat) telah, sedang dan akan menjalankan Mesyuarat Agung mereka masing-masing.

Bahang pemilihan sudah makin terasa. Media perdana telah mula mengambil kesempatan untuk melaporkannya samada secara jujur atau untuk memecahbelahkan. Blogger-blogger juga telah mula memainkan peranan mereka masing-masing. Artikel-artikel mengenai muktamar dan pemilihan pimpinan telah mula membanjiri laman2 web dan blog. Pemimpin-pemimpin pula mulai sibuk menjengah kawasan. Kalau dulu ahli-ahli begitu susah mengejar pemimpin untuk mendapat tarikh ceramah, sekarang lain pula jadinya. Pemimpin-pemimpin itu pula yang mengejar kawasan supaya memanggil mereka untuk berceramah atau merasmikan mesyuarat agung kawasan. Begitulah meriahnya senario politik PAS setiapkali tiba muktamar yang ada pemilihan.

Adalah menjadi harapan agar muktamar PAS ke 55 kali ini betul-betul menjadi wadah ampuh buat ahli-ahli PAS akar umbi menyatakan pandangan masing-masing terutamanya mengenai corak kepimpinan PAS masa depan. Samada kita perlukan perubahan atau tidak, biar perwakilan yang menetukannya. Dan kepada ahli atau perwakilan yang akan memilih nanti, beristikharahlah anda sebanyak mungkin supaya Allah memelihara jamaah kita dari anasir-anasir yang merosakkan.

Saya akan cuba kumpul dan paparkan dilaman blog ini, sebahagian besar artikel-artikel dan pendapat-pendapat yang berkisar mengenai muktamar PAS yang ke 55 untuk rujukan mudah ahli-ahli PAS. Sesiapa yang ingin menyumbang pendapat di dalam blog ini juga amat dialu-alukan.

Ahlan Wa Sahlan Wamarhaban Bikum!!
Selamat Bermuktamar.