Tuesday, June 2, 2009

Calon-calon Pilihan Presiden

Kalau kumpulan erdogan mempunyai senarai calon-calon pilihan mereka, maka perlulah perwakilan diberitahu senarai calon manakah pula yang menjadi pilihan Presiden yang kelak akan dapat bekerjasama dengan rapat dengan beliau.

Calon-calon pilihan Presiden inilah nanti yang akan melonjak dan menyerlahkan bakat kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi yang selama ini sentiasa dibendung oleh puak-puak Erdogan.
Calon-calon inilah juga nanti yang akan dapat memimpin jamaah kita secara amal jama'i dan yang akan sentiasa dinaungi oleh semangat mahabbah dan ukhuwwah Islamiyah, bukannya bercakaran dan saling tuduh menuduh sesama sendiri.

Dan apabila PAS dipimpin oleh mereka-mereka yang benar-benar ikhlas dan yang sentiasa memberi wala' dan siqah mereka kepada Presiden, maka barulah kita akan mendapat barakah dan pertolongan Allah yang tidak putus-putus dan bakal digeruni oleh setiap musuh.

Kita hanya akan kuat apabila kita bersatu dan bergerak dengan saf yang tersusun rapat di antara satu sama lain.

Calon-calon yang dilihat menjadi pilihan Presiden adalah seperti berikut :

TIMBALAN PRESIDEN

1. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz'


NAIB PRESIDEN


1. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz ’
2. Salahuddin Ayub, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz



AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz

2. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj

3. Takiyuddin Hassan, YB Dato’

4. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji

5. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji

6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji

7. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato’ Ustaz Haji

8. Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir

9. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj

10. Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji

11. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji

12. Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji

13. Iskandar Abdul Samad, YB Ir

14. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji

15. Mazlan Aliman, Sdr

16. Mohd Anuar Tahir, Hj

17. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh

18. Zulkefly Mohamad Omar, Hj



Semoga PAS terus dipimpinan oleh Kepimpinan Ulama dan mereka yang benar-benar mendokong kepimpinan ulama. Bukan mereka-mereka yang menjadi kaki dan tangan kepada anasir luar yang ingin merosakkan parti.

Mereka merancang. Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang.

.

5 comments:

Jeffry said...

SALAM ZIARAH
SAYA SETUJU DGN SENARAI CALON2 YANG DI PAPARKAN

asrul said...

ana setuju sangat dgn senarai calon pilihan presiden ni.

insyaAllah ana akan sampaikan kat sahabat2 perwakilan yang lain.

soklan said...

setuju, hapuskan golongan liberal dlm jemah PAS. insyaAllah pertolongan Allah mencurah2.

Anonymous said...

Alhamdulilah. Senang skit nak mengundi bila ada senarai macm ni.

Jazakallah.

sembang haroki said...

buleh ke dok husam nak berucap macam us nasha malamni, kalau dia jadi timbalan di muktamar pemuda tahun depan? depan nya ada syeikh tontowi!!!!
penuh dengan fiqh addakwah, fiqh atta'mir dan assiasah syar'iyyah!!
mungkin kolid tulung tulis!!!