Tuesday, June 2, 2009

Tok Guru Nik Aziz Mungkir Janji?

Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz katanya telah sama-sama berjanji dengan Presiden, Tuan Guru Hj Hadi bahawa kedua-dua mereka tidak akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada mana-mana calon dalam pemilihan kali ini. Walaupun sebenarnya kita boleh mengagak bahawa Tok Guru Nik Aziz lebih suka Husam dan Tok Guru Hj Hadi lebih suka Ust Nasharudin.

Langkah itu dipercayai dibuat untuk mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli-ahli PAS. Dan saya percaya langkah tersebut adalah langkah yang paling bijak dan amat sesuai dengan suasana semasa.

Sebab itulah kita melihat Tuan Guru Hj Hadi begitu jarang mengeluarkan kenyataannya berkenaan muktamar. Hinggakan bila wartawan bertanya kepadanya apakah Ust Nasharudin menjalankan tugas dengan baik sebagai Timbalannya - beliau enggan menjawab dengan alasan tidak mahu berkempen. Begitulah ketegasan Presiden PAS yang kita sanjungi.

Tetapi saya amat terkejut apabila membaca akhbar Sinar Harian Edisi KL hari ini (02/06/09). Di muka hadapan tertera tajuk "Nik Aziz Sokong Erdogan PAS". Dan dihalaman N6, secara jelas Tok Guru Nik Aziz menyatakan sokongannya kepada golongan Erdogan di dalam PAS. Umum juga mengetahui bahawa Husam Musa lah yang selalu digelar golongan Erdogan di dalam PAS.

Apa sudah jadi dengan janji bersama Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Presiden. Adakah ianya dimungkiri. Saya masih ingin bersangka baik dengan Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau terpengaruh lagi dengan pembantu-pembantu beliau yang senantiasa melakukan kerja-kerja bodoh di dalam PAS.

2 comments:

soklan said...

saya rasa kenyataan TGNA diputar belit oleh puak liberal dlm PAS.
kalau nk liberal sgt masuk saja PKR..ingat perancangan jahat puak kamu tidak akan berjaya!!

Anonymous said...

usah kita salahkan orang lain apabila sesuatu berlaku ke atas diri kita..itu yg selalu para ustaz sebutkan,tetapi tok guru nik aziz juga insan biasa,yg sudah berusia..dahulu,kita kata dr.M sudah dan sebagainya..sekarang ni mungkin tok guru Nik Aziz pun dah masuk kumpulan yg sama