Monday, June 1, 2009

Kenapa Husam Tidak Layak Untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS?

5. Husam Gagal Di Kelantan


Seorang pemimpin yang berkesan, bukan hanya sekadar hebat ber-retorik ataupun berteori sahaja. Tetapi yang lebih penting dia mesti membuktikan dia mampu melaksanakan dan menjelmakan teorinya dalam bentuk kenyataan. Memberi idea tidak susah, berteori memang mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tetapi melaksanakan idea tersebut hingga berjaya adalah satu perkara yang bukan mudah.


Pensyarah ekonomi boleh memberi 1001 teori ekonomi dan perniagaan, tetapi belum tentu dia akan berjaya kalau dia sendiri berniaga atau mengusahakannya.


Begitulah apa yang berlaku kepada Husam. Sebagai EXCO, beliau memang kelihatan terlalu banyak idea dan hebat berteori di Kelantan. Tetapi kebanyakan ideanya separuh masak atau sekerat jalan dan berakhir dengan kegagalan atau kerugian kepada kerajaan negeri.


Projek kambing jamnapari misalnya, memang idea Husam asalnya. Beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakannya sehingga mendahului Exco Pertanian. Pada awalnya, beliau menguruskannya bersendirian bersama rakan-rakanya tanpa pengetahuan Exco Pertanian. Tapi akhirnya bila projek tersebut gagal (disebabkan lebih banyak kambing yang mati daripada yang hidup), beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas Exco pertanian.


Begitu juga dengan projek Skim Takaful Kifalah. Begitu hebat dicanangkan satu Malaysia tentang skim yang diasaskan oleh Husam itu. Hampir di setiap negeri dia menjual namanya dengan menjaja skim tersebut untuk menunjukkan kehebatan ideanya. Ramai yang kagum dengan peranan Husam dengan skim tersebut.


Tetapi akhirnya projek tersebut gagal dan mengalami kerugian hampir RM8 juta. Tok Guru Nik Aziz sendiri bersama-sama Exco yang lain tengah pening memikirkan bagaimana hendak mencari wang bagi menampung kerugian tersebut.


Dalam arena politik pun, Husam tidak kurang hebatnya berstrategi. Idea untuk membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS adalah idea beliau. Tok Guru Nik Aziz bersetuju setelah Husam berjaya meyakinkan beliau dari segi strategi politik yang kononnya akan menguntungkan PAS. Akhirnya , apa dah jadi? Apa untung yang PAS dapat daripada Ibrahim Ali? Akhirnya Ibrahim Ali pun Husam dah tinggal bila sikatak tu tak habis-habis mengkritik PAS dan PR.


Itulah dia Husam Musa yang begitu hebat dengan ideanya tapi selalu berakhir dengan kegagalan dan kerugian.


Saya tidak fikir kita memerlukan kepimpinan sebegini.


Kalau ditanya sebahagian besar daripada kepimpinan PAS di Kelantan, Husam bukanlah calon popular untuk menggantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Sebab itulah Tok Guru Niz Aziz tak dapat menjadikan Husam sebagai Timbalan Menteri Besar hingga ke hari ini. TokGuru sedar kalau beliau melantik Husam sebagai Timbalannya nescaya akan berpecah PAS Kelantan. Kalau dah nak dilantik sebagai Timbalan MB pun tak boleh, apatah lagi sebagai MB nanti.


Calon yang lebih popular untuk menjadi MB nanti ialah Dato' Nik Amar yang lebih dilihat mampu mewarisi bakat kepimpinan Tok Guru Nik Aziz baik dari segi ilmu dan amalannya. Beliau lebih dihormati di Kelantan berbanding Husam.


Dalam Perhubungan PAS Negeri pun Husam tidak kuat pengaruhnya. Biasanya beliau tidak banyak bercakap dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri atau Dewan Harian kerana beliau tahu majoriti tidak suka kepadanya. Tokoh-tokoh besar PAS Kelantan seperti Dato Abdul Halim, Dato' Takiyudin,Ust Mat Iraq, Dato Nik Amar, Dato Ahmad Yaakob dll adalah di lihat tidak begitu menyukai Husam dan selalu tidak bersetuju dengan Husam dalam banyak hal.


Sebab itu tidak hairan mengapa Husam tidak mendapat pencalonan yang solid daripada negeri Kelantan sendiri untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.


Kalau di Kelantan pun Husam dah gagal, bagaimana kita dapat mengharap dia dapat memimpin dengan baik di pusat? Takutnya dia akan membawa "penyakit" negeri ke pusat.


.

1 comment:

hilbertmontell said...

Salam,

Patut lah Husam terlalu rapat dengan si Anwar, rupa-rupanya dua-dua mereka sama taraf. Pandai buat janji, tapi gagal melaksanakanya.

Dulu saya selalu terfikir, memang Husam itu layak jadi Presiden PAS jika Datuk Seri Hj Hadi bersara. Tapi dah cerita dia begitu, baru kita seluruh Malaysia tau siapa Husam Musa. Saya sering menilai Husam dari perwatakkan dia yang agak terhormat, jadi saya pun memikirkan dia yang sesuai, tapi ternyata tdak begitu.

Menarik juga cerita nih. Tapi yang boleh di percayai oleh PAS sekarang saya agak adalah YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, pemimpin yang kurang kontroversi.