Wednesday, May 27, 2009

Siapakah Yang Paling Layak Untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS?

.
Jawatan Timbalan Presiden PAS akan melibatkan pertembungan di antara tiga penjuru. YB AlFadhil Ust Nasharudin Mat Isa akan ditentang oleh Sdr Mohamad Sabu dan YB Dato' Husam Musa. Tidak dinafikan bahawa ketiga-tiga mereka adalah tokoh pimpinan PAS yang agak popular.

YB AlFadhil Ust Nasharudin yang merupakan ahli parlimen Bachok dikenali sebagai tokoh ulama muda yang mewakili kepimpinan ulama adalah merupakan calon yang paling popular dikalangan kawasan dan perwakilan. Beliau mendapat jumlah pencalonan yang tertinggi iaitu sebanyak hampir 70 kawasan daripada 137 kawasan telah mencalonkan beliau.

YB Dato' Husam Musa pula adalah EXCO Kerajaan negeri Kelantan dan merupakan seorang yang pakar dalam ekonomi dan strategi politik. Beliau juga dikatakan mewakili kumpulan liberal di dalam PAS yang dikenali sebagai "Kumpulan Erdogan" merupakan calon yang popular dikalangan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP). Beliau dikatakan memperolehi pencalonan daripada 28 kawasan.

Manakala Sdr Mohamad Sabu pula adalah seorang aktivis PAS yang paling lasak dan kental semangat perjuangannya. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen di Kelantan dan Kuala Kedah sebelum tewas di Kuala Trengganu dalam PRU ke 12. Beliau merupakan calon ketiga popular berdasarkan jumlah pencalonan yang diperolehinya daripada 26 kawasan.

Daripada ketiga-tiga calon tersebut, siapakah yang paling layak untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS? Satu jawatan yang begitu penting, seolah-olah menjadi bayangan kepada jawatan Presiden PAS itu sendiri. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada Presiden (seperti kematian) maka Timbalan Presidenlah yang akan memangku tugas sebagai Presiden. Timbalan Presiden adalah pengganti kepada Presiden apabila Presiden tidak hadir dalam mesyuarat AJK Pusat. Timbalan Presiden adalah pembantu Presiden yang paling kanan dalam kerja-kerja parti. Timbalan Presiden juga perlu berada di dalam Majlis Syura untuk memudahkan penyelarasan kerja-kerja parti. Dan yang paling pentingnya Timbalan Presiden mestilah kelihatan serasi dengan Presiden.

Diantara kriteria penting yang perlu ada kepada Timbalan Presiden ialah Iman & taqwa, Ilmu agama yang mendalam, Syakhsiyah Islamiyah dan akhlak yang terpuji dll. Sebab itulah jawatan Timbalan Presiden ini bukanlah satu jawatan main-main atau untuk suka-suka nak rebut. Ianya menuntut satu pertanggungjawaban yang maha tinggi dihadapan Allah dan RasulNya. Ianya bukan semata-mata "TIMBALAN PRESIDEN PAS" yang bersifat parti politik tetapi adalah juga "QA'ID" dan "MAS'UL" kepada Jamaah Islamiyah Harakiyah.

Pada saya, diantara ketiga-tiga calon tersebut, sudah tentulah AlFadhil Ust Nasharudin yang paling layak untuk terus memimpin sebagai Timbalan Presiden PAS. Kerana apa? Mudah....kerana calon yang dua lagi itu tidak layak untuk jawatan tersebut. Saya ulang, bukan tak layak untuk menjadi pemimpin PAS, tetapi tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden PAS. Apakah alasan-alasan saya berpandangan sedemikian? Tunggu... saya akan perincikan satu persatu dalam blog ini kenapa YB Dato Husam Musa dan Sdr Mohamad Sabu tidak layak untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.

.

5 comments:

Tulang Besi said...

Yang Paling layak ialah Husam Musa sebab Husam Musa yang palinng terkehadapan membawa PAS.

Nasa akan bawa PAS kepada UMNO.

urat dawai said...

he..he.. Tulang Besi pon ada kat sini.

sila tunjuk bukti Nasa nak bawa PAS kepada UMNO. Kalau bejumpa dan berbincang dah dikira nak bawa PAS masuk UMNO, maka sah lah Tulang Besi punya otak taraf murid-murid PASTI.

Kalau betul sekalipun Ust Nasa nak bawa Pas masuk UMNO nescaya usahanya sia-sia kerana tidak akan ada mana-mana mesyuarat atau muktamar yang akan meluluskannya.

Anonymous said...

Apa sumbangan Naza pada Pas sejak dia jadi TIM.President tolong sebut mai.Naza juga seorang Penipu besar juga pengkianat parti bila berunding secara senyap dengan Najib.Ini soal organisasi bukan soal peribadi.Tindakan Naza adalah membelakangi jemaah.Kalau mad Sabu nak kembangkan pengaruh syiah kenapa hampir setiap malam beliau di jemput ceramah dan di seluruh malaysia.Saya sudah 25 tahun dalam PAS dan pernah hidup di zaman PAS dalam BN dan pernah bersama Al Marhom Ustaz Fadzil Noor membantu beliau bersama dengan beberapa orang vetran parti yang iklas dengan perjuangan.Tak pernah pun dia marah atau timbulkan issu Syiah..pada Mad sabu.Almarhom juga bernah berkata ahli pas unik apa saja mazhab semua ada jangan pertikaikan apa apa mazhab barang siapa yang mempertikaikan mazab dan menjadikan issu maka sesungguhnya diaitu agent yahudi yang hendak memecahbelah kan perpaduan umat Islam.Jangan saudara cuba nak tutup bangkai gajah.Kerosakan yang di buat oleh NAZA telalu serious.Saya juga kenal Naza ni.Beliau seorang elit yang mempuyai cita rasa yang tinggi.Perjuangan beliau adalah mencari habuan dan mengumpul harta duniawi.Jangan paksa saya untuk listkan satu persatu.Perforance kerja parti Zero.Beliau di bawa masuk kepas secara payong terjun oleh Al marhom Ustaz Fadzil ketika itu beliau nampak warak.Tapi selepas perginya Ustaz Fadzil citarasanya telah berubah dan tindakannya sudah tidak melambangkan pejuang Islam yang tulin.Kalau undi NAza bermakna membawa PAS ke Pada kehancuran.adalah lebih baik bawa PAS pada IRAN yang terbukti telah melaksanakan Islam membantu Hamas dari bawa PAS ke Arab Saudi yang menjilat Amerika dan membantu yahudi yang membunuh pejuang Islam Hamas.Fikir lah cara rasional sikit.

jangan nak tutup bangkai gajah apa yang Naza dah buat