Tuesday, May 26, 2009

Kisah DiSebalik Debat Husam & Zahid

Apabila Husam mengisytiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, sudah semestinya beliau telah melakukan perkiraan yang munasabah. Mengenali Husam, beliau pasti mempunyai perancangan hebat untuk memenangi jawatan yang beliau idamkan sekian lama.


Tiada siapa boleh nafikan bahawa Husam mempunyai hubungan istimewa dengan pihak media kerana beliau juga merupakan bekas wartawan. Di antara pihak media yang agak rapat dengan beliau ialah Malaysiakini (hubungan kelamin),The Star dan Media Prima (TV3 & TV9).


Sebab itulah kita tidak hairan kenapa beliau selalu mendapat liputan meluas daripada pihak media sehingga menenggelamkan pimpinan PAS yang lain termasuk Presiden dan Timbalannya. Beliau menggunakan kelebihan hubungan tersebut untuk meminta pihak media sentiasa membuat liputan untuknya.


Di antara program kempen bagi jawatan Timbalan Presiden yang disusunkan khas untuk beliau ialah program debat beliau dengan Dato Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO. Sebab itulah kita melihat betapa Husam dan jenteranya begitu hebat mempromosikan program debat tersebut di mana-mana. Beliau begitu bersedia untuk menunjukkan kehebatan dirinya bila berhujah dengan lawan. Beliau yakin Zahid tidak selicik Khairi Jamaludin yang telah berjaya memalukan Husam satu ketika dahulu.


Zahid yang pada awalnya tidak menyedari perancangan sebenar Husam untuk menyeret beliau dalam program kempennya telah menerima pelawaan untuk berdebat dengan Husam. Tetapi setelah beliau diberitahu oleh seseorang bahawa Husam sebenarnya sekadar ingin berkempen untuk dirinya bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, maka Zahid dengan serta merta menguzurkan diri dan meminta tarikh lain yang diluar dari tempoh berkempen untuk muktamar PAS.


Maka kecewalah Husam yang teramat sangat apabila diberitahu oleh Media Prima bahawa Dato Zahid telah membatalkan kehadirannya diprogram tersebut dan sebagai gantinya mereka telah menjemput Ezam Md Nor. Bagi Husam, Ezam bukanlah tarafnya. Bagi Husam, beliau hanya setaraf Zahid Hamidi atau Muhyidin Yasin. Maka Husam pun menolak untuk berdebat dengan Ezam.


Setelah Husam menolak, pihak Media Prima dipercayai telah menghubungi Mat Sabu (seorang lagi calon Timbalan Presiden PAS) untuk menjemput beliau berdebat dengan Ezam dan telah diterima oleh Mat Sabu dengan gembiranya. Tetapi setelah Husam mendapat tahu bahawa pihak Media Prima telah menghubungi Mat Sabu bagi program tersebut, dengan pantas beliau menghubungi mereka kembali dan menyatakan kesudian beliau untukmenghadirkan diri ke program tersebut. Mungkin beliau khuatir pengaruh yang bakal diperolehi oleh Mat Sabu selepas program tersebut memandangkan Mat Sabu juga bukan calang-calang orang dalam berhujah dan berdebat.


Maka pergilah Husam ke TV9 untuk program debat tersebut. Tetapi, rupa-rupanya pemergian beliau hanyalah untuk berlakon sahaja. Kononnya beliau ingin menunggu Zahid Hamidi juga. Dan bila Zahid tidak muncul beliau pun pulang dan meninggalkan Ezam keseorangan dalam program tersebut. Apakah motif beliau berbuat demikian? Untuk apa menunggu Zahid kalau dah Zahid beritahu dari awal lagi bahawa beliau tidak akan datang. Mungkin hanya untuk menyekat kedatangan Mat Sabu atau untuk menunjukkan yang Zahid takut kepadanya.


Begitulah terdesaknya Husam untuk mempromo dirinya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.


26 comments:

RBF Online said...

kalau husam betul2 bebas rasuah,maka dia teruskan debat malam tadi bersama ezam. husam penakut,pengecut ,barua

Anonymous said...

Tak payahlah buat cerita pelik-pelik. Bukan masanya menuduh orang. Husam dah lama nak berdebat dengan Zahid. Semasa kempen pilihanraya Bkt Gantang Husam dah nak bedebat dengan Zahid tetapi Zahid tarik diri.

Apa cerita dua kali tarik diri? Sekarang bukan masa mengkritik calon-calon bertanding PAS. Tiada kempen dalam PAS. Menang untuk memimpin PAS berdasarkan kelayakan tetapi bukan atas kehebatan berkempen

Benteng Negara said...

Kempen Selamatkan PAS!!

di:

www.bentengnegara.blogspot.com

Anonymous said...

jahatnya kamu, fitnah kamu wajib meminta ampun dr allah dn minta maaf dr hj husam

Anonymous said...

Husam kau memang pengecut. Camana kau nak pimpin PAS. Lebih baik kau tarik diri bertanding Timbalan Presiden.

- Ahli PAS -

paku said...

sungguh memalukan. cukup memalukan.

HUSAM 'CHICKEN RUN' TELAH CABUT LARI !!!!!!

inilah berita yang kami terima daripada informer kami. husam musa aka 'chicken run', yang semalam telah mengumumkan untuk bertanding kerusi timbalan presiden pas telah cabut lari daripada berdebat dengan pendekar umno, ezam mohd nor !

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

ceritanya sensasi ini bermula begini :



http://www.gerakan-anti-pkr.com

paku said...

pihak TV9 telah menjemput husam 'chicken run' untuk berdebat dengan naib presiden umno zahid hamidi. atas beberapa tugasan menteri yang tidak dapat dielakkan, zahid hamidi terpaksan menarik diri.

oleh kerana pihak tv telah mengiklankan debat ini seminggu yang lepas, maka pengganti zahid telah dicari.

tajuk perbincangan debat masih tidak berubah , iaitu ' RASUAH POLITIK'.

bagi menggantikan zahid , pihak penerbitan tv telah berjaya mendapatkan replacement, ezam mohd nor orang yang dikira cukup layak untuk berbicara mengenai rasuah.

penggantian nama zahid kepada ezam sebagai wakil pendebat umno telah dimaklumkan oleh pihak tv. malah 2 hari sebelum perdebatan berlangsung, press secretary husam telah mengeluarkan kenyataan balas kepada penerbit tv menyatakan KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN HUSAM BERDEBAT DENGAN EZAM, SELAKU WAKIL PENDEBAT UMNO.

2 hari iklan debat dalam siri hujah ini telah dilakukan. bila tiba masanya...

TEPAT JAM 8.30 EZAM MOHD NOR TELAH SAMPAI KE PENTAS UTAMA TV3.DIIKUTI DENGAN HUSAM..AKU ULANG HUSAM BERSAMA 5 ORANG PENGIRING NYA MASUK KE PENTAS UTAMA , TV3 !

pada satu ketika husam duduk bersama ezam, dalam posisi yang agak jauh dan mereka tiada berkata apa-apa pun kerana husam sibuk di talian.

entah bagaimana, husam telah keluar bersama pengiringnya dan berbincang sesama mereka. wakil husam telah menemui salah seorang krew yang terlibat dalam siri hujah menyatakan PENARIKAN DIRI HUSAM UNTUK BERDEBAT SECARA LANGSUNG DENGAN EZAM !

kecoh di konti, kecoh di perkarangan lobi TV3 MALAM TADI. penarikan diri oleh husam cukup mengejutkan. seluruh krew penerbitan HUJAH TV9 sedaya upaya memujuk husam meneruskan rancangan.

husam tetap dengan pendiriannya. profesor agus yang berada di kawasan kejadian telah memperli husam di depan orang ramai ' KAWE MALU, BELUM BERTARUNG LAGI MU MENGAKU KALOH ' !

pegghhh..cukup panas dan mengejutkan. ezam yang melihat dari jauh suasana kecoh, tersenyum tanda VICTORY, ...YA UMNO TELAH MENANG ! AKU ULANG UMNO TELAH MENANG !

paku said...

ezam mohd nor kini menjadi pejuang, panglima perang umno ! kerana apa gap ? kerana sebagai seorang ahli biasa umno, ezam telah menggentarkan jiwa husam, kepala erdogan yang bakal bertanding kerusi timbalan presiden pas !

EZAM TELAH MEMALUKAN CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS ! EZAM TELAH MENJULANG KEMBALI SEMANGAT KEBERANIAN UMNO ! DAN INDIKASI YANG LEBIH PENTING, EZAM TELAH MENJATUHKAN MARUAH TALIBARUT ANWAR IBRAHIM DALAM PAS, HUSAM 'the chicken run' !!!!!

sekarang anda telah mengetahui kisah memalukan ini, apa yang harus kita fahami dari situasi penting ini .

HUSAM BACUL, PENAKUT DAN TAKDE TELOR ! HUSAM DI PENTAS CERAMAH TELAH MENGHINA UMNO, TETAPI APABILA BERDEPAN DENGAN PENDEKAR UMNO, EZAM DIA CABUT LARI. RUPANYA SEGALA FITNAH DAN TOHMAHAN YANG DILEMPARKAN TERHADAP UMNO HANYALAH LAKONAN POLITIK TARAF PELACUR ! SATU FITNAH.

mesej amat penting disini, secara indirectly nya ezam TELAH BERJAYA membuktikan bahawa sememangnya parti pas juga punyai masalah rasuah yang cukup serius, kalau benar husam betul,kalau benar pas itu betul sudah pasti husam punyai telur dan sifat berani untuk bertentang mata secara jantan melawan ezam di pentas debat !

adakah husam sudah mengetahui yang ezam akan menembak beliau mengenai isu balak di kelantan, adakah husam sudah mengetahui akan katastrophi yang bakal berlaku kiranya beliau tidak mampu menjawap isu balak si nizar bintang 3 ? maka dengan itulah husam last minit telah cabut lari !!!!

point seterusnya juga telah merungkai persoalan, adakah penarikan diri husam atas arahan anwar ? nampak gaya nya begitu kerana dalam sesi soal jawab prof agus terhadap ezam malam tadi mengenai persoalan 6 kotak, EZAM TELAH MENDEDAHKAN BUKTI penting bahawa 4 kotak dokumen rasuah yang disimpan anwar adalah milik seorang ahli parlimen pkr yang begitu rapat dengan anwar ! siapa ? tepuk dada tanya iman.

PERNAH MENONTON FILEM FORREST GUMP ?

satu kebetulan. filem box office ni tajuknya forrest gump. lakonan hebat tom hanks yang telah merangkul banyak anugerah grammy . sinopsis ceritanya mudah, dari kecil sampai ke besar forrest gump sentiasa berlari ! dia berlari kerana tidak mahu berdepan dengan masalah.

kebetulan
anwar pernah berlari waktu saiful kejar dia masa sumpah laknat di masjid .
elizabeth wong pernah berlari sewaktu gambar cipapnya keluar melata.
sekarang husam musa pun berlari kerana takut ezam belasah dia..

teringat dialog popular cerita forrest gump. RUN FORREST RUN ! sekarang boleh tukar skrip.. RUN HUSAM RUN !!!!

APAPUN,MORAL OF THE STORY, UMNO MENANG BESAR DAN PAS TUMPAS !

orang lama said...

Husam yang kekusutan!!!

Sepertimana yang anda semua tahu,rancangan Hujah di TV9 malam tadi akan menemukan antara Ezam Md.Nor sebagai Pengasas Gerak dan Husam Musa sebagai calon Timbalan Presiden PAS. Mereka akan berhujah atas tajuk Rasuah Politik.

Perkara tersebut telahpun dimaklumkan secara bertulis dan lisan kepada Husam. Dan Husam bersetuju. Selepas Husam bersetuju maka pihak TV9 pun mula menayangkan iklan tesebut di stesen-stesen televisyen milik Media Prima.

Tak kan lah pihak TV9 berani menyiarkan iklan hujah di antara Ezam dan Husam tanpa ada persetujuan, sudah pasti ada protokolnya....
Mereka pun harus menjaga perniagaan dan imej mereka.

Difahamkan Husam telah pun sampai disana dan setibanya disana beliau bersalaman dengan Ezam dan selepas itu beliau berpura-pura terkejut kononnya beliau sepatutnya berhujah dengan Zahid Hamidi dan bukannya dengan Ezam.

Beliau bertengkar dengan penerbit rancangan kononnya beliau tidak tahu semua itu. Di sini kita boleh melihat pembohongan seorang manusia yang bernama Husam Musa.
Sedangkan pada peringkat awalnya beliau telah menyatakan persetujuannya untuk berhujah dengan Ezam. Husam bertegas tidak mahu teruskan dan terus berlalu pergi...
Lalu, HUJAH diteruskan tanpa sebarang hujah dari Husam...


Awekz: Tertanya-tanya kenapa Husam takut dengan Ezam, Mesti ada sesuatu yang tidak kena, bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah...

Awekz: Terkejut juga dengan apa yang berlaku, tapi biasalah... mesti Husam dan puak-puak PR ni
tetap menggunakan alasan TIDAK dimaklumkan tentang perubahan yang berlaku... Kalau betul lah itu perkara yang sebenarnya,
Awekz cabar Husam untuk untuk buktikan yang perubahan HUJAH semalam tidak diketahui...

Kebenaran sudah pasti berpihak pada orang yang benar!!!

Anonymous said...

aku kesian kat MatSabu.
memang tak patut Husam buat mcm tu kat Bang Mat.
kalaulah Bang Mat yang berdebat dgn Ezam semalam... confirm Ezam jatuh terlepuk! tak bangun2 dah!

Anonymous said...

bodoh punya penulis... macam blog UMNO

Anonymous said...

bodoh punya penulis... macam blog sampah UMNO.

ahli baru said...

Salam...pehal korang benci sangat ngan Hj Husam nie.Korang nie mesti org haram UMNO kan.Kalau betul Hj Husam tu rasuah@salah guna kuasa, apsal tak report jer kat SPRM. aku rase dah lame dah Hj Husam nie kene ngan SPRM...tapi elok jer dia takde kene dakwa pun.

zakwan said...

A man of Husam's caliber no need 2 debate wit a lowly UMNO member such as Ezam
Ezam can bring as many boxes as he can get n Husam can still win this debate hands down
Maybe Husam does not want 2 waste his precious time wit a worm like Ezam

Anyways,I hope Husam better clear the air about this matter soon

Alshams said...

ANDAIAN
ANDAIAN
ANDAIAN...penulis dan para komentar

Hanya sedap tangan anda menaip.
Pelik pula anda boleh baca pemikiran orang.

Mystique said...

Ada kebenarannya cerita ni. Kalau benar dia seorg pahlawan terbilang PAS kononnya,kenapa perlu takut?Alah,siapala ezam tu,small potato je.Tp,inilah realitinya.Semua org tau Husam..jgnlah lari dari realiti..Kalau Husam org berilmu,menang kalah debat bkn taruhannya,tp kebenaran yang spatutnya ditegakkan. Ini ke calon yg PAS mahukan?

Blog SelamatkanPerak
www.selamatkanperak.com

AnakPas said...

aku tengoh hujah semalam..Jadi nya Husam ini macam program Gusti TV3...
Ada orang tu punya le eknya semua boleh dibalun dan di ko kan..
tetiba sampai digelangang Under taker pula yang tunggu...Terpaksa le cabut lari...
hu Hu Husam...ini pemimpin PAS, orang kanan anuar kuda anuar...

Anonymous said...

husam hanya pandai cakap
bile debat cabot lari...
inikah contoh Pemimpin Pas..

Jessarif Jizat said...

kepada Zakwan.

Persoalan saya... Kalau Anwar boleh je berdebat dengan Shabery Cheek, sedangkan dia bukan taraf Anwar untuk berdebat...

Mengapa Husam tak mahu berdebat dengan Ezam yang kononya bukan taraf Husam?

Anonymous said...

Lagi satu kan en. Zakwan, U kata Husam tak mau 'waste his time' utk berdebat dengan ezam, yang dia WASTE LOTS OF TIME WAITING FOR ZAHID AS IF DIA TAKTAU ZAHID TAKKAN MAI, tu apa cerita pulak??? eeeee auta sungguh la....

Anonymous said...

hahaha... husam the chicken run... kalo seseorang itu hebat, tak kisahlah lawan dia kecik ke besar ker... jgnlah cabut lari.. inilah realiti pemimpin pas... tapi penyokong yang taksub tu.. tetap butakan mata dan pekakkan telinga...

ayer tawar mari said...

zakwan !!! are you out of your mind.....??? first and foremost...why did husam agreed to the invitation ??? he should have rejected the invitation to debate with ezam...

commonsense tells ....don't write of your are unsure...you'll be a laughing stock...

fence sitter..

penyair dari gunung said...

Kita sama-sama je tunggu MUKTAMAR PAS ni, kalau Husam menang, memang sah le RASUAH POLITIK ada kat dalam PAS. Dan yang pasti, memang tak sekolah le perwakilan PAS yang bagi Husam menang!!!! TAKBIR

Anonymous said...

Apa pulak timbul cerita pasal taraf dan tak sama taraf ni . Tegakkan jer lah kebenaran . Dah memang dasar umno tu penakut dan kalah hujah , tak payah tunggu zahid lah . ada ezam pun , hentam jer lah sampai ezam terduduk .

kalau kira taraf , yg dulu Husam debat denga khairy tu apa pula tarafnya .

husam naib presiden , masa tu khairy hanya naib ketua pergerakan pemuda umno , kenapa husam layan habis khairy masa tu .

atau husam ada apa apa pula dgn ezam

anak melayu said...

hmm...nmpaknye adelah agenda husam nak tunjuk terer ngn media prima knon..rasenye seseuai kalo husam masuk rcgn 'ANAK WAYANG' yg baru mula di astro tuh..dpt undian SMS plg tinggi agaknya..dan dgn megahnye melaungkan 'AKULAH SUPERHERO PAS ABAD INI'...perlu ker??

Anonymous said...

nak report macam maner husam ni dia pandai simpan apa yang dia buat..perancangan dia buat memang teratur..SPRM xboleh nak cekup dia...bukti dia boleh hilangkan