Sunday, June 21, 2009

Benarkah ini Muslimat PAS?

Siapakah gerangan muslimat yang duduk sebelah Tan Sri Khalid Ibrahim? Kelihatan begitu mesra duduk berhimpit-himpit. Suami isterikah mereka? Sekali tengok macam kenal. Rasa-rasanya macam Ahli Parlimen Kota Raja. Benarkah dia? Rasa-rasanya dialah muslimat yang tewas YDP Kawasan, tewas AJK Muslimat Pusat, tewas AJK Pusat, ditolak oleh ahli dan perwakilan muktamar…tapi atas ehsan Ketua Muslimat di lantik sebagai Ketua Penerangan Muslimat dan atas belas ehsan Tuan Guru Presiden dilantik sebagai AJK Tambahan.


Benarkah dia mewakili muslimat PAS yang sentiasa memperjuangkan akhlak dan syakhsiyah seorang muslimah. Biasanya muslimat PAS kebal dengan sifat malu yang diajar oleh Nabi dalam pergaulannya. Biasanya muslimat PAS begitu menjaga “aurat” dan kehormatan dirinya dengan kental. Tetapi apa sudah jadi dengan Ketua Penerangan Muslimat PAS ini. Apa sudah jadi dengan AJK PAS Pusat ini?


Tidak malukah beliau duduk berhimpit-himpit bersentuh badan dengan seorang lelaki yang bukan suaminya? Tidak terfikirkah beliau yang suaminya akan terdetik perasaan cemburu melihat beliau yang duduk begitu akrab dengan lelaki lain? Tidak adakah tempat lain untuk beliau duduk didalam majlis tersebut? Tidak bolehkah beliau sekurang-kurangnya merenggangkan jaraknya dengan lelaki yang bukan mahramnya demi menjaga kehormatan dirinya sebagai seorang muslimah?


Kalaulah perlakuan ini sudah halal dilakukan oleh seorang pimpinan Pusat, maka apa lagi yang tinggal untuk diajar dan ditarbiyah kepada Muslimat dan Nisa yang lain.


Inilah harga yang kita bayar untuk mencapai cita-cita politik.


_

14 comments:

Anonymous said...

MasyaAllah!
Betulkah Dr Siti Mariah ni.
Kalau zaujah ana..memang dah kena...

alhelmi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terima kasih kerana memaparkan gambar ini. saya pun tidak pernah lihat gambar ini.memang gambar saya.

ini adalah semasa bergambar ramai-ramai selepas satu program rakyat di taman setia, kota raja. susunatur tempat duduk dibuat urus setia. kadang2 urusetia tidak peka tentang perkara ini. saya terpaksa duduk untuk sesi bergambar ini dan kalau dilihat betul-betul saya cuba tidak berhimpit dan menyenget. saya pun tak selesa dengan susun atur sebegini. duduk ambil gambar beberapa minit namun ianya bukan alasan. semoga Allah swt mengampunkan saya di atas kealpaan saya.

untuk makluman, saya dipilih didalam muktamar DMPP. perlantiakan sebagai ket penerangan dibuat oleh ketua, timbalan dan naib ketua. memang benar saya kalah dalam pemilihan pusat tetapi dilantik semula sebagai ajk pusat. semenjak tahun 2000 lagi.

saya tidak perlu belas ehsan sesiapa. tak lantik pun tak apa. ianya amanah dan tanggung jawab. bukan jawatan glamour. banyak pengorbanan yang perlu dibuat.saya tidak mendambakan jawatan.

elok juga sebarkan fitnah saudara. inshaallah banyak la pahala saya

Dr Siti Mariah Mahmud

solehah said...

salam,
ana sendiri sebagai Muslimat kawasan merasa malu melihat perlakuan YB Dr Siti Mariah itu.

Bagaimanapun engagement kita dengan parti-parti lain, janganlah sampai menggadaikan pegangan dan amalan Islam kita. Ini bukan menjadi qudwah yang baik untuk muslimat kita, malah boleh merosakkan imej Muslimat dikalangan gerakan islam yg lain.


Ana harap kak nuridah akan memandang serius perkara ini dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membendung perkara seperti ini dari berulang lagi. Mungkin tindakan yang sewajarnya patut diambil keatas YB Dr. Siti Mariah.

-Solehah-

aznan said...

ish..ish..ngaku pun siti mariah
inilah padahnya bila terlalu nak moderate..sampai maruah diri tergadai...bila gambar terpapar baru nak terasa bersalah.

la taqrabuzzina....

Anonymous said...

itu yg kita nampak...
yg tak nampak entah mcm mana pula aksi dia.

sepatutya bila kita bekawan dgn PKR & DAP, kita yg kena bawa mereka kpd nila-nilai Islam yg sebenar....ni kita pula yg larut dan buat maksiat bersama mereka.

PAS Kota Raja said...

astaghfirulah...
tula YB, terlalu sibuk sangat berpolitik sampai lupa batas-batas agama.

TebuHitam said...

Bak kata kapal sinki...
bertaubatlah...
bertaubatlah...
bertaubatlah...

Ct Mariah kena bertaubat banyak2.inilah akibatnya jika bersetongkol dengan DAP.Kena ikut cara DAP.Bagi mereka semuanya halal.Adakah tiada batasan halal dan haram lagi bg Ct mariah dlm hal ini?.Tepuk dada tanya iman.
Demi politik dan kuasa,jangan gadaikan maruah diri...nanti buruk padahnya.

Anonymous said...

semoga allah mengampun dosa kita. tahniah YB kerana mampu menjawab artikel ini. bagi saya, perkara sebegini se-eloknya dielakkan tetapi bukannya senang bila kita disuruh bergambar dalam keadaan ad-hoc, kekadang tu terkaku dan tersalah duduk. teruskan perjuangan YB. saya tahu ada ramai penduduk kawasan YB yang sangat berminat dengan islam atas usaha dakwah YB. kadangkala tertanya di hati ini... dalam ramai-ramai anusia yang kutuk dan komen YB ni, berapa ramai yang telah berjaya menarik non-muslims kepada islam. mungkin mereka ini jenis yang pandai bercakap di pentas tapi kerja hampas.

Anonymous said...

Dr, saya sokong dr.kerana dr berterus terang.

Manusia tak lepas dari buat silap.
Dr tak sengaja.
Teruskan perjuangan.

anti-parasit ---> said...

Salam dunia.

Terima kasih kerana Dr. Mariah sudi menjawab.

Memang ini satu kesilapan kerana kealpaan. Ya la, memang itu jawapan yg ada kan?

Kalau difikirkan...perkara berhimpit itu bukan satu masalah yg besar pun. Sebelum duduk, apa salahnya YB tarik kerusi tu ke tepi sedikit? Ke kerusi yg YB duduk tu adalah bangku panjang cam bangku budak2 skolah kat kantin tu? isy, isy, isy....

Ya, semoga Tuhan mengampuni kealpaan YB (dgn syarat YB pohon keampunan dan keluar dr kepompong ERDOGAN).


- Dijemput ke weblog kami utk membaca posting pembongkaran kumpulan erdogan

Unknown said...

Kepada Dr Siti Mariah diharap banyak bersabar serta memohon ampun kepada Allah swt, itulah dia jika kita berada didalam jemaah yang hendak mendaulatkan Islam, musuh-musuh terlalu banyak/ramai yang sedang menunggu sedikit daripada kesilapan kita untuk dijadikan modal menabur fitnah, bagi mereka sedikit kesilapan dari jemaah islam adalah terlalu tinggi nilainya dibandingkan dengan dosa-dosa mereka (musuh-musuh islam) seperti bunuh, minum arak, pergaulan bebas dan sebagainya.

Anonymous said...

ana masih ingat waktu zaman almarhum ust fadhil nor, siti mariah pernah menyoal ust fadhil kenapa pimpinan muslimat tak boleh diletakkan bersama-sama dengan pimpinan yg lain di atas pentas waktu muktamar....hingga akhirnya dibenarkan pimpinan muslimat dudk bersama-sama dgn pimpinan muslimin yg lain di atas pentas.
rupa-rupanya perjuangan siti mariah tidak berakhir disitu...mungkin sekarang beliau nak minta pimpinan muslimat boleh dudk bertemu bahu dalam satu saf bersama dengan tok guru haji hadi dan tok guru nik aziz??

ana pun terdengar yg pimpinan muslimat sekarang (siti mariah dan dr lo' lo') dah pandai nak menyahut lawak "kotor" dr hata ramli. betul ke????

Anonymous said...

biasala tu....siti mariah ni kan dah kena madu...laki dia dah pasang sorang lagi...tu yang dah mula belajar berkepit dgn jantan lain.
kesian....