Tiap tiap satu ada klimaksnya. Putaran roda ada naik turun. Setelah lama dalam keadaan mendaki, PAS seolah olah berada dipuncak dalam dekad terakhir yang lepas.
Malang sekali seolah olah kini PAS berada dalam putaran menurun. Bila diperhatikan ura ura hendak mencalonkan Husam Musa dan Mat Sabu sebagai calon timbalan presiden, PAS seolah olah sudah ketandusan pemimpin yang berjiwa kental dalam agama.
Malah ustaz Nasharudin sendiri walaupun berkelulusan agama, tetapi kurang menonjol kewibawaan dalam agama. Kita tidak menafikan kewibawaan Mat Sabu dan Husam musa, maupun Ustaz Nasha, dalam pengaruh terhadap khalayak umum, namun pengaruh yang ada tidak semestinya melayakkan untuk menjadi seorang presiden sebuah parti yang berlandaskan Islam sebagai dasar perjuangan. Jika sekiranya mereka yang bertanding timbalan presiden terpilih dan menang, apakah mereka hanya berhenti setakat timbalan presiden? Sudah pasti dialah yang akan menggantikan presiden.Presiden memerlukan satu pakej yang lengkap. Pengetahuan dalam agama, tawaduk, wibawa, zuhud, sembahyang malam, khauf, kasih kepada yang lain lebih dari dirinya sendiri, cintakan akhirat dan sebagainya. Kerana seorang pemimpin dalam islam bukan semata mata layak kerana kepandaian berkata kata dan memimpin keadaan biasa, tetap jika sekiranya dia menjadi imam sembahyang, dia layak mengangkat sembahyang makmumnya sekali untuk diterima oleh ALLAH swt.
Dia juga layak memberi syafaat kepada pengikutnya di padang mahsyar kelak. Kerana bila dipanggil berhimpun dihadapan mahkamah agung ALLAH kelak, masing masing akan diperintahkan berhimpun bersama sama pemimpin yang ditaati semasa di dunia. Inilah perbezaannya pemimpin dalam lorong lorong perjuangan Islam.
Tidak dinafikan Mat Sabu dan Husam Musa ada karaktor tersendiri. Ramai pemimpin pemimpin muda PAS ada gaya dan karaktor tersendiri. Punya pengaruh intelek dan daya penarik terhadap khalayak umum. Tetapi tidak semestinya dia layak sebagai timbalan presiden yang nanti akan menggantikan presiden.
Ustaz Akil Hayy pun ada pengaruh tersendiri dalam menarik orang kepada PAS. Tetapi tidak semestinya dia layak sebagai timbalan presiden. Masing masing hanya perlu menjalankan peranan masing masing tetapi bukan semuanya perlu dinilai untuk dicalonkan sebagai presiden atau timbalan.
Pilihan utama perlulah kepada pengetahuan agama yang tinggi, kemudian diikuti dengan daya amalan yang istiqomah. Yang paling tidak boleh diketepikan adalah zuhud. Zuhudlah yang akan menyelamatkan pemimpin itu dari memandang dunia lebih dari akhirat. Setakat ini TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz ada semua sifat sifat ini. Kerana sifat zuhud inilah yang menjulang PAS ke arah kegemilangan. Sifat zuhud mereka telah mengubah persepsi orang bukan Islam terdapat pendekatan dan pegangan PAS.
Memang mereka berdua nampak konservatif tetapi konservatif inilah yang buat PAS dihormati. Namun peribadi ini telah terhenti setakat dua pemimpin ini. Pemimpin pemimpin pelapis yang lain telah menonjolkan imej moden. Mungkin bermotifkan liberalisasi.Percayalah kalau PAS ingin mengubah imej kepada moden dan nampak intelek, PAS akan lebih kekurangan dan ketinggalan dari parti parti yang lain.
No comments:
Post a Comment